Beri vaksin selepas TH kemuka senarai jemaah haji

- Advertisement -

PUTRAJAYA: Pemberian vaksin kepada bakal jemaah haji akan dibuat selepas Arab Saudi membuat keputusan rasmi berhubung pelaksanaan semula ibadat berkenaan tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengemukakan permohonan dan senarai jemaah yang bakal mengerjakan haji mengikut jadual tertentu.

Selain itu, katanya, Malaysia masih menanti keputusan muktamad Arab Saudi untuk mewajibkan pengambilan suntikan vaksin dalam kalangan bakal jemaah haji.

“Bila ia wajib, maka kita akan kerjasama dengan TH dan teliti senarai bakal jemaah yang diluluskan untuk mengerjakan ibadat haji tahun ini.

“Bakal jemaah haji ini akan diberikan keutamaan dalam pemberian vaksin,” katanya pada sidang media Mesyuarat Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF), di sini, hari ini.

-BERITA HARIAN

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat