Suruhanjaya Persaingan cuma jalankan kajian umum industri padi beras bukan siasat kartel

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tidak ada sebarang siasatan terhadap dakwaan kewujudan kartel beras setakat ini.

Perkara itu disahkan sendiri oleh Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bahawa pihaknya tidak menjalankan sebarang siasatan terhadap dakwaan kewujudan kartel beras.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Iskandar Ismail berkata, suruhanjaya itu hanya menjalankan kajian umum mengenai industri beras dan padi.

“Menteri telah nyatakan di Parlimen bahawa tiada isu atau amalan persekongkolan bidaan.

“Oleh itu, kami tidak menjalankan siasatan terhadap mana-mana pihak.

“Kami hanya menjalankan kajian umum,” katanya pada Jumaat.

Kenyataan ini dibuat sebagai respons kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali yang menyatakan bahawa MyCC tidak mengenal pasti sebarang amalan anti-persaingan atau pelanggaran dalam kajiannya terhadap industri beras dan padi.

Armizan berkata, kajian yang bermula pada Februari tahun lalu dan selesai pada Oktober tahun yang sama tidak mendedahkan sebarang pelanggaran di bawah Akta Persaingan 2010.

Beliau turut memaklumkan bahawa tanggungjawab untuk menstruktur semula industri beras dan padi kini diserahkan kepada Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat