JEMiSys, teknologi pintar untuk pengurusan barang kemas yang lebih sistematik

- Advertisement -

Dalam era digitalisasi yang semakin berkembang, industri barang kemas di Malaysia kini tidak lagi bergantung kepada kaedah tradisional dalam pengurusan inventori dan transaksi. Salah satu pemacu utama transformasi ini ialah JEMiSys Technologies Sdn. Bhd., sebuah syarikat teknologi tempatan yang menjadi perintis dalam penyediaan perisian khusus untuk perniagaan emas dan perhiasan sejak 2006.

Sebelum kewujudan sistem yang lengkap seperti JEMiSys, kebanyakan pemain industri barang kemas bergantung kepada pencatatan manual yang mudah terdedah kepada kesilapan, kehilangan data, dan juga risiko kecurian. Dengan adanya perisian bersepadu seperti JEMiSys POS & ERP, keseluruhan proses pengurusan stok, transaksi jual beli, malah pengesanan lebihan emas selepas pemotongan, kini dapat direkodkan dengan ketepatan yang lebih tinggi.

Menurut Pengarah JEMiSys, Ted Chow, inovasi ini bukan sekadar meningkatkan kecekapan operasi, tetapi juga mengurangkan kos tenaga kerja serta meminimumkan risiko penipuan. “Sistem ini bukan sahaja memastikan ketelusan dalam pengurusan emas, tetapi juga memudahkan audit tahunan dengan penyepaduan e-invois,” jelasnya.

Keunikan lain perisian JEMiSys ialah penggunaannya berasaskan (cloud-based), membolehkan pemilik perniagaan memantau operasi dari mana-mana sahaja. Ini memberikan fleksibiliti yang tinggi kepada perniagaan, terutamanya syarikat yang memiliki pelbagai cawangan.

Selain itu, sistem ini juga dilengkapi dengan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) untuk pengesanan stok yang lebih sistematik. RFID membolehkan pemilik perniagaan mengesan lokasi dan pergerakan barang kemas secara automatik, mengurangkan risiko kehilangan serta memastikan kecekapan operasi yang lebih tinggi.

Dalam usaha memastikan sistem ini memenuhi keperluan pelbagai jenis perniagaan, JEMiSys juga menawarkan integrasi dengan e-dagang dan perakaunan, selain mengautomasikan harga emas berdasarkan pasaran semasa. Ini memberi kelebihan kepada perniagaan dalam menguruskan harga jualan mereka secara lebih strategik dan kompetitif.

Menariknya, syarikat ini kini dalam proses mendapatkan pensijilan patuh syariah, satu langkah penting dalam menyokong keperluan pemilik perniagaan beragama Islam yang beroperasi mengikut prinsip Muamalat Islam. Langkah ini bukan sahaja membantu dalam pematuhan syariah, tetapi juga meningkatkan keyakinan pelanggan terhadap integriti sistem yang digunakan.

Kehadiran JEMiSys dalam industri bukan sekadar memperkenalkan perisian, tetapi mencetuskan perubahan paradigma dalam cara perniagaan barang kemas beroperasi di Malaysia. Dengan automasi pintar, ketepatan data, serta keupayaan menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi dan kehendak pasaran, JEMiSys telah membuktikan bahawa digitalisasi bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan.

Sebagai peneraju dalam perisian industri barang kemas, JEMiSys tidak hanya memodenkan operasi perniagaan tetapi turut membantu pemilik perniagaan membuat keputusan yang lebih bijak, pantas dan selamat. Dengan teknologi yang terus berkembang, masa depan industri barang kemas di Malaysia kini lebih bersedia untuk mendepani cabaran era digital.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat