Islam ditegakkan, persaudaraan dikukuhkan semua kaum selamat – Tuan Ibrahim

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mengulangi pendirian PAS yang tidak berputus asa untuk menghidupkan semula penyatuan ummah antara PAS dan Umno.

Dalam perkongsian Timbalan Presiden PAS itu di Facebook kelihatan beliau bersalaman dan memeluk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di lobi Parlimen.

Beliau mengimbau kenangan kesatuan antara PAS dan Umno yang pernah diterima rakyat dan yakin usaha penyatuan ummah itu akan disuburkan semula pada masa depan.

“Kesatuan kita pernah diterima rakyat jelata. Penyatuan kita sentiasa menjadi harapan semua.

“Hakikatnya usaha ini tidak pernah berkubur. Ia kerana kita sama-sama membawa prinsip perjuangan untuk mempertahankan Islam dan membela orang-orang Melayu.

“Kita percaya apabila Islam ditegakkan, persaudaraan dikukuhkan pasti semua kaum selamat,” ujar Tuan Ibrahim.

Beliau malah mendoakan kesejahteraan Ismail Sabri.

“Semoga Allah SWT merahmati Datuk Seri Ismail Sabri dalam setiap langkah.

“Kagum kepada semangat Datuk Seri, yang masih tidak jemu menuntut ilmu. Semoga beliau berjaya dalam pengajian PhDnya,” ucap Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat