Ekonomi Bumiputera akan diperkasa melalui sumber tanah – Zahid

- Advertisement -

KUALA LUMPUR -Pengenalan satu dasar baharu bagi memperkasa ekonomi Bumiputera melalui sumber tanah amat penting terutama untuk memanfaatkan potensi tanah yang luas dan subur di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dasar itu perlu dilaksanakan secara agresif dan kolektif bagi menyokong inisiatif transformasi pertanian untuk meningkatkan keterjaminan makanan, mewujudkan peralihan adil ekonomi Bumiputera dan menggunakan tanah dalam memacu ekonomi kitaran berimpak tinggi.

“Hal ini termasuk reformasi akta tanah sedia ada untuk mengurangkan kekangan dalam penggunaan tanah, memperkenalkan cukai karbon dan mewujudkan agensi pensijilan untuk merangsang aktiviti perdagangan karbon di peringkat ASEAN.

“Langkah-langkah ini diharap dapat mengurangkan jurang ekonomi antara komuniti Bumiputera bandar dengan luar bandar, mewujudkan ekonomi kitaran yang mampan melalui pembangunan lestari, sekali gus menjadikan Malaysia sebagai peneraju dalam ekonomi kitaran dan perdagangan karbon di peringkat ASEAN,” lapor Bernama bersempena dengan penganjuran Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) selama tiga hari bermula esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Rabu.

Dalam memajukan ekonomi bumiputera, beliau berkata penekanan perlu diberikan pada teknologi baharu seperti digitalisasi dalam sektor pertanian, penggunaan teknologi tenaga boleh baharu dan mekanisme pengurangan karbon.

Perkara ini termasuk aspek inovasi dan kreativiti dalam pengelolaan sumber alam pengembangan teknologi pertanian moden untuk meningkatkan produktiviti dan kemampanan serta peningkatan kapasiti dalam perdagangan karbon.

“Melalui penerapan teknologi-teknologi ini, ekonomi Bumiputera dapat diperkasa dengan memanfaatkan sumber tanah secara berkesan, memperluas akses ke pasaran global dan membangunkan rantaian nilai yang efisien,” katanya.

Beliau turut menekankan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam pembangunan ekonomi kitaran dan transformasi pertanian kerana ia dapat mengoptimumkan produktiviti dan meningkatkan kecekapan dalam penggunaan sumber yang merupakan komponen penting dalam memperkasakan ekonomi bumiputera.

“Aplikasi AI mampu meningkatkan proses inovasi, mengukuhkan rantaian nilai serta meningkatkan kebolehpercayaan dalam membuat keputusan berdasarkan data masa sebenar, untuk mencapai dasar ekonomi yang lebih inklusif dan mampan bagi komuniti Bumiputera,” katanya.

Sebanyak 10 kumpulan meliputi 10 sektor akan diwujudkan pada KEB 2024 antaranya Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (Pilihan Kerjaya Utama) dan Pengukuhan Industri Halal.

Kumpulan lain ialah Pembangunan Desa dan Pemerkasaan Masyarakat Orang Asli, Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat, Daya Saing Perusahaan Bumiputera, Penguasaan Teknologi Baharu, Felda dan Tanah Wilayah, Sosioekonomi Bumiputera Sabah dan Sosioekonomi Bumiputera Sarawak.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat