KKR dan MOSTI jalin kerjasama bagi memperkasa program MYJalan

- Advertisement -

Oleh Zihan Zari

KUALA LUMPUR – Kerjasama Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersama Kementerian Kerja Raya (KKR) berhasrat untuk melaksanakan program ‘Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar’ akan menyelesaikan pelbagai isu berkaitan jalan raya, termasuk perabot jalan.

Menteri Kerja Raya, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkata demikian ketika sesi perjumpaan bersama pengurusan tertinggi KKR, MOSTI dan Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI) di sini pada Selasa.

Beliau berkata, melalui program Sandbox, inovasi yang dihasilkan oleh KKR dan agensi di bawahnya juga dapat diketengahkan.

Menurutnya lagi, melalui Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE) dan CREAM, yang menerajui kajian dan inovasi sektor penyenggaraan infrastruktur dan pembinaan, pelbagai hasil inovatif telah mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

“Produk-produk ini berpotensi untuk diketengahkan dan digunakan secara meluas oleh sektor-sektor yang terlibat.

Ini termasuklah teknologi pembinaan jalan yang menggunakan bahan yang lebih berdaya tahan, tampalan jalan yang lebih berkualiti dan tahan lama, teknologi perabot jalan yang dapat meningkatkan tahap keselamatan pengguna jalan raya dan sebagainya.

Ini sejajar dengan semangat program MYJalan yang diketengahkan oleh KKR,” katanya lagi.

Dalam pada itu menurut kenyataan KKR, program Sandbox ini akan menjadi platform bagi mengintegrasikan teknologi, kajian pembinaan dan penyelenggaraan jalan agar dapat dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara.

Selain itu, dapat memberi ruang dan peluang kepada pemain industri mengetengahkan inovasi dan teknologi mereka dalam ruang lingkup bidang kuasa KKR.

“Selari aspirasi Malaysia Madani yang memberi penekanan kepada transformasi digital, KKR akan menjalinkan kerjasama strategik bersama National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) bagi memperluaskan adaptasi teknologi di dalam aspek penyenggaraan infrastruktur jalan dan sektor pembinaan,”katanya.

“Dalam pertemuan selama hampir satu jam itu, pasukan MOSTI telah membentangkan inisiatif Sandbox dan pencapaian program terdahulu yang telah memberi impak kepada ekonomi dan rakyat.

Antara pencapaian yang diketengahkan termasuklah Sandbox Pembinaan bersama Institut Penyelidikan Pembinaan Malaysia (CREAM) dan Kotak Pintar Lebuhraya Pintar bersama PLUS.

Kedua-dua Sandbox ini berperanan sebagai pemangkin kepada penyelesaian masalah di lapangan bagi meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat,”ujarnya.

“Selari aspirasi program MYJalan, KKR dan MOSTI juga telah berbincang peluang kerjasama bagi inisiatif Sandbox ini dalam mengetengahkan teknologi dan inovasi bagi menyelesaikan isu-isu penyenggaraan jalan raya termasuk dalam aspek pengawalseliaan, ”ujarnya lagi.

Perjumpaan ini dihadiri oleh Timbalan Ketua Setiausaha KKR (Dasar & Pembangunan) Dato’ Zahrul Hakim Abdullah, Eksekutif CIDB Malaysia, Dato’ Sr Mohd Zaid Zakaria, Timbalan KSU MOSTI (Pembangunan Teknologi) Datuk Ts. Dr. Mohd Nor Azman Hassan, Setiausaha Bahagian Pemindahan Teknolologi dan Pengkomersialan R&D MOSTI, Boniface Anak Edwin Manung dan Ketua Pembangunan Ekosistem MRANTI, Mohd Safuan Mohd Zairi.

Program MYJalan diluncurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Ogos 2023 dan kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM30 juta menerusi Bajet 2024.
-SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat