Lembaga Disiplin UMNO Tolak Permintaan Tun Faisal

- Advertisement -

CYBERJAYA: Timbalan Ketua UMNO Bahagian Putrajaya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mendakwa ketiga-tiga permintaannya telah ditolak oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Menurutnya, tiga permintaan ini dibuat selepas mendapat nasihat daripada rakan-rakan pengamal undang-undang dan veteran UMNO yang menyatakan kebimbangan jika Lembaga Disiplin UMNO Malaysia tidak boleh berlaku adil.

“Pernah berlaku dalam kes-kes yang dibawa ke Lembaga Disiplin sebelum ini melibatkan pesalah kes politik wang semasa pemilihan parti, bagi kes yang hampir sama, hukumannya berbeza mengikut individu. Bagi individu biasa, mereka dikenakan hukuman gantung, tapi bagi individu yang mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan, mereka hanya diberikan amaran.

“Begitu juga kes yang melibatkan Datuk Lokman Adam. Sampai sekarang masih ada bunyi-bunyi berkaitan ketelusan dan keadilan mengenainya,” tulis beliau dilaman Facebooknya.

Katanya lagi, atas nasihat tersebut, dirinya telah membuat tiga permintaan tersebut sebagai langkah berjaga-jaga dan bagi membolehkan saya membuat persiapan sebaiknya untuk membela diri. Apabila permintaan ini ditolak, baginya ini adalah ‘missed opportunity’ kepada Lembaga Disiplin untuk menunjukkan bahawa mereka telus, benar-benar terbuka dan benar-benar mahu mencari kebenaran.

“Tiga permintaan ini saya buat selepas Sekretariat Lembaga Disiplin menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka mahu memberi seluas-luas ruang kepada saya untuk membela diri.

“Saya tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi kebimbangan dan ketakutan kepada pihak Lembaga Disiplin UMNO apabila tidak menunaikan permintaan saya. Bukankah jika ketiga-tiga permintaan ini dipenuhi, tanggapan terhadap Lembaga Disiplin UMNO akan menjadi lebih positif? Tidakkah Lembaga Disiplin UMNO dan UMNO sendiri akan dilihat amat komited untuk berlaku adil dan bersikap telus?” soalnya.

Jelasnya, beliau telah membuat permohonan sekali lagi kepada Tan Sri Zul Hasnan Rafique dan menyatakan justifikasi terhadap permintaannya.

Berikut adalah tanskrip surat kali kedua yang dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO, Tan Sri Zul Hasnan untuk mempertimbangkan sekali lagi permohonan beliau.

TAN SRI ZUL HASNAN BIN RAFIQUE
Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO Malaysia

Terima kasih kerana pihak Tan Sri telah membalas surat saya dan memberikan maklum balas. Ketiga-tiga permintaan saya telah ditolak walaupun ada asas terhadap permintaan ini bagi menjamin keadilan untuk saya, lebih-lebih lagi berdasarkan pengalaman sebelum ini, keputusan Lembaga Disiplin UMNO pernah beberapa kali dipertikaikan dari aspek keadilan dan ketelusannya.

2. Sebenarnya memberikan senarai nama Pengerusi dan anggota tribunal ini kepada saya adalah perkara yang sangat mudah dilakukan dan boleh memberikan imej yang baik di kalangan ahli dan orang awam terhadap Lembaga Disiplin kerana menunjukkan sikap positif untuk berlaku telus.

3. Permintaan ketiga saya, sekiranya dibenarkan, juga akan memberikan imej yang baik kepada Lembaga Disiplin kerana akan memberikan gambaran bahawa Lembaga Disiplin membuka seluas-luas ruang agar pihak yang membela diri diberikan sebaik-baik peluang untuk membela diri.

4. Permintaan kedua pula tidak sepatutnya ditolak kerana pihak pembela sepatutnya mengetahui lebih awal mengenai siapa pengadu dan aduannya yang sebenar kerana ketiadaan maklumat mengenainya akan mengakibatkan pembela kehilangan upaya untuk membuat persediaan. Di Mahkamah Rayuan dan mana-mana siasatan dalaman, kesemua dokumen diberikan lebih awal untuk membolehkan persediaan dibuat. Jika tidak ia seolah-olah memberi ruang untuk tribunal ini digunakan untuk menyerang hendap (ambush) saya sebagai pembela.

5. Semoga Tan Sri boleh mempertimbangkan semula permintaan saya agar ahli dan rakyat merasa yakin dengan ketelusan dan keadilan Lembaga Disiplin.

Sekian, terima kasih,

TUN FAISAL ISMAIL BIN AZIZ
TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN PUTRAJAYA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat