2,437 Kes Baru Covid, 9 Kematian Direkodkan Hari Ini

- Advertisement -

PUTRAJAYA – Jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia melepasi angka 300,000 apabila 2,437 jangkitan baharu dilaporkan, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan jangkitan baharu itu menjadikan angka keseluruhan mencecah 300,752 dengan 26,205 kes aktif.

Katanya, 2,435 kes baharu adalah penularan tempatan membabitkan 1,226 rakyat Malaysia dan baki 1,209 lagi warga asing.

Beliau berkata, dua lagi kes baharu mendapat jangkitan di luar negara membabitkan masing-masing seorang rakyat negara ini dan bukan warganegara.

“Selain itu, sembilan kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan, hari ini, membabitkan lapan rakyat tempatan dan seorang bukan warganegara.

“Ia menjadikan jumlah kumulatifnya mencecah 1,130 kes (0.38 peratus),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, 202 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan 93 memerlukan bantuan pernafasan.

Seramai 3,251 pesakit COVID-19 pula dilaporkan sembuh yang membawa kepada jumlah kumulatif 273,417 kes (90.91 peratus), setakat ini. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat