2 MP PKR sah keluar parti dan sokong PN

- Advertisement -

CYBERJAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima tamparan hebat apabila dua ahli parlimennya sah meninggalkan parti.

Ia berlaku sehari selepas tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Amanah Negara (Amanah) dilaporkan menyertai PKR.

Ahli Parlimen Julau Larry Sng dari Sarawak dan Ahli Parlimen Tebrau Steven Choong yang kini menjadi ahli Parlimen bebas, mengakhiri khabar angin berhubung kesetiaan mereka kepada Anwar.

Sng dan Choong menyatakan sokongan mereka kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, dalam satu pertemuan di Pejabat Perdana Menteri pagi tadi.

Semalam, Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyelar tindakan pihak yang didakwa mengugut ahli parlimen pembangkang untuk meraih sokongan.

Namun dalam masa sama, PKR turut menerima penyertaan wakil rakyat parti sekutu mereka dalam Pakatan Harapan (PH).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat