Jakim Diarah Lihat Ruang Penambahbaikan Undang-Undang Syariah

PUTRAJAYA: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengadakan perbincangan dengan Penasihat Undang-Undang, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi mendapatkan pandangan berhubung keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995, kelmarin.

Menterinya, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, perbincangan itu bagi mendapatkan kesan dan implikasi perundangan yang berbangkit daripada keputusan Mahkamah Persekutuan itu.

Menurutnya, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, JAKIM juga sudah diarahkan untuk bersidang dan berbincang bagi melihat ruang penambahbaikan undang-undang syariah yang boleh dilaksanakan, khususnya berkenaan kesalahan jenayah syariah.

Menurutnya, Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil, JAKIM juga sudah diarahkan untuk bersidang dan berbincang bagi melihat ruang penambahbaikan undang-undang syariah yang boleh dilaksanakan, khususnya berkenaan kesalahan jenayah syariah.

Katanya, jawatankuasa itu akan berunding dengan pihak berkuasa negeri dan pihak yang berkepentingan dalam usaha untuk memperkasakan dan menyeragamkan undang-undang syariah di negara ini.

“Penghakiman itu sudah pasti dibuat berdasarkan pengetahuan, pengalaman dan kebijaksanaan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan berpandukan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang dalam mencari penyelesaian yang terbaik bagi maslahat semua pihak sama ada yang beragama Islam atau bukan Islam,” katanya melalui satu kenyataan hari ini.

Khamis lalu media melaporkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa peruntukan undang-undang syariah Selangor yang menetapkan seks luar tabii sebagai jenayah, adalah tidak sah dan tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel sembilan hakim, dalam penghakimannya berkata hanya Parlimen ada bidang kuasa menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.

Beliau berkata, Seksyen 28 Enakmen 28 Kesalahan-kesalahan Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang membenarkan hukuman bagi seks luar tabii, adalah tidak konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, Zulkifli berkata, penghargaan juga ditujukan kepada EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni yang mewakili kerajaan Selangor, yang akan mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang berkepentingan dan meneliti perkara itu bagi memperkasa perundangan syariah di Selangor.

Menurut beliau, ia satu tindakan proaktif yang wajar diberi pengiktirafan mengikut Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menjunjung Islam sebagai agama Persekutuan serta menjadikan kedudukan agama Islam di negara ini lebih istimewa berbanding agama lain.

Katanya, ia seperti yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Malaysia dalam kes-kes terdahulu.

“Sebagai seorang Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan, prinsip Perlembagaan ini akan terus dijunjung dan dipertahankan.

“Saya menyeru semua umat Islam dan seluruh rakyat Malaysia di negara ini menghormati penghakiman yang diputuskan serta tidak mencetuskan spekulasi daripada penghakiman itu.

“Semua pihak diminta bertenang dan tidak memberikan ulasan atau pandangan yang boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat, serta boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian dalam negara kita yang tercinta ini,” katanya.

Pada masa sama, Zulkifli mengajak semua umat Islam di negara ini untuk bersama-sama menginsafi diri dan berusaha untuk mengubah diri, keluarga dan masyarakat ke arah yang lebih baik, bagi memaknai erti sebenar etika dan moral berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.

– Harian Metro

Topik Hangat

50 Buffet Ramadhan 2021 Kuala Lumpur Selangor

Bulan puasa kini menjengah, namun sudahkah anda jumpa destinasi buffet untuk sesi iftar nanti? Atau anda masih tercari-cari destinasi buffet yang mana yang patut anda...

Hakim kelihatan ‘terdorong’ putuskan Najib bersalah – Peguam

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini diberitahu, hakim dalam perbicaraan kes Datuk Seri Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd, bagaikan 'terdorong' untuk memutuskan...

UMNO 3.0 Sedia Singkir Zahid, Najib Termasuk Mat Hasan Ogos Ini : Laporan

KUALA LUMPUR - Spekulasi tersebar luas berkait rancangan yang sedang berjalan untuk menyingkirkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan pendahulunya Datuk...

Berita Berkaitan

Asing sukan ikut bangsa tak patut, bangsa Johor pupuk perpaduan antara kaum bawah satu identiti – TMJ

KUALA LUMPUR - Tindakan meletak syarat kaum untuk pendaftaran aktiviti kokurikulum tidak patut berlaku lagi di mana-mana sekolah di Johor, kata Tunku Mahkota Johor,...

Tak mustahil perlu dos ketiga – KJ

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak menolak kemungkinan keperluan suntikan dos ketiga vaksin Covid-19 selepas setahun suntikan kedua diambil. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin...

Microsoft memberi komitmen untuk melabur RM4 bilion di Malaysia. Microsoft bakal wujudkan pusat data di Malaysia – PM

PUTRAJAYA: Malaysia mengalu-alukan komitmen Microsoft Corp. untuk memperkasa ekonomi digital terangkum Malaysia di bawah inisiatif Bersama Malaysia melibatkan jumlah pelaburan RM4 bilion dalam tempoh...