Menara Eiffel China

- Advertisement -

BEIJING: China memang terkenal dengan barangan atau produk jenama tiruan namun siapa sangka mereka juga mampu meniru bandar popular di dunia untuk ditempatkan di negara mereka.

Di wilayah Zhejiang, terdapat bandar dikenali sebagai Tianducheng yang menempatkan bangunan seperti di Paris, Perancis.

Malah, ia turut dihiasi Menara Eiffel sebagaimana di Paris.

Pemaju memulakan kerja pembinaan pada 2007 dengan perancangan asal untuk menempatkan 10,000 penduduk di kawasan itu.

Namun, selepas hampir sembilan tahun, hanya 10 peratus daripada angka itu dapat dicapai.

Ruang niaga kosong, laluan juga sunyi sepi, malah air pancut yang rekannya ditiru dari Le Fontaine de l’Observatoire di Paris turut kering-kontang.

Bandar berkenaan dibina sebagai tarikan pelancong domestik namun disebabkan harga hartanah terlalu tinggi selain perubahan pada perkembangan ekonomi dunia, hanya sebahagian kecil saja tertarik untuk melabur di bandar berkenaan.

Malah, ia hanya menjadi destinasi persinggahan bagi pengantin dari bandar berhampiran untuk mengadakan sesi fotografi berlatar belakang Menara Eiffel.

Portal Independent melaporkan seorang jurugambar berasal dari Paris, Francois Prost berkunjung ke bandar berkenaan untuk membandingkannya dengan tempat kelahirannya.

Malah, dia turut menerbitkan buku yang memaparkan perbezaan atau persamaan bangunan di kedua-dua lokasi.

Katanya, jika ditolak soal rekaan bangunan, bandar itu tidak mengingatkannya kepada Paris kerana terdapat banyak perbezaan jelas.

Selain Paris di Tianducheng, beberapa bandar di China turut menampilkan bangunan ikonik tiruan seperti bangunan Rumah Putih, Tower Bridge dan Marina Bay Sands.

Pada tahun lalu, kerajaan China mengeluarkan panduan berkaitan pembinaan dan rekaan bangunan baharu.

Dalam panduan yang dikeluarkan pada April tahun lalu itu menyatakan ‘meniru, menciplak dan menyalin semula’ rekaan adalah dilarang dalam pembinaan kemudahan awam.

Kenyataan itu mengatakan bahawa, bangunan perlu menampilkan budaya tempatan dan rekaan pelik serta dari pengaruh asing perlu dihadkan

– Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat