YADIM pergiat usaha jelaskan kekeliruan isu agama di kalangan masyarakat

- Advertisement -

KUALA KRAI – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) akan terus mempergiatkan lagi usaha memperjelaskan segala kekeliruan berkait isu agama untuk menyedarkan masyarakat mengenai keharmonian dalam perbezaan pendapat.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zamri Zainal Abidin berkata, hal ini supaya perkara-perkara berkait khilaf tidak diperbesarkan sebaliknya melihat kepada pendapat paling muktabar.

Menurutnya, perkara itu memerlukan proses pembelajaran dan pengkajian berterusan sebagaimana isu melibatkan kandungan ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkait Ashabul Kahfi yang menjadi perdebatan hangat di media sosial.

Ujarnya, kekhilafan dalam isu Ashabul Kahfi itu adalah berkaitan masa sejarah tersebut berlaku yang mengundang kepelbagaian pendapat dan perdebatan namun tidak dianggap perkara pokok dalam agama.

“Perkara pokoknya adalah sama ada pemuda-pemuda (Al-Kahfi) itu Islam atau tidak dan Perdana Menteri secara jelas menyatakan mereka pemuda-pemuda yang beriman kepada Allah SWT dalam ucapan dan ayat yang dibacakan.

“Perkataan Perdana Menteri itu jelas dan tidak lari sedikitpun daripada firman Allah dalam al-Quran. Cuma khilafnya sedikit berkait soal masa dan era ia berlaku. Ada pelbagai pendapat termasuk daripada cendikiawan Islam. Jadi berlapang dadalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Yadim kepada mangsa-mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keroh, di sini hari ini.

Zamri memberitahu, apa yang ditekan oleh Yadim ada perkara dalam agama Islam yang khilaf dan mempunyai banyak pendapat.

Katanya, apabila berdepan perkara sebegini kita sepatutnya terbuka menerima pandangan orang-orang yang tidak sependapat dengan kita.

“Bukan terus menghentam, menyatakan sesat atau mengatakan karut dan sebagainya. Ia sepatutnya diterima dan dibincangkan dengan berlapang dada.

“Yadim tidak berhenti setakat itu sahaja apabila ia telah menggerakkan beberapa pendakwah, guru agama berkaliber dan ahli akademik untuk menjelaskam kekeliruan mengenai isu tersebut,” ujarnya. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat