PAS akan Tetap Memperjuangkan Agenda Penyatuan Ummah – Mursyidul Am PAS

- Advertisement -

ARAU: “Pas akan tetap mempertahankan agenda penyatuan ummah” kata Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin.

Memetik laporan Utusan Online, jelas Hashim, walaupun PAS dan Perikatan Nasional (PN) mendapat sokongan majoriti daripada golongan muda dan Melayu, agenda penyatuan ummah akan tetap menjadi keutamaan.

Katanya lagi, bagi memperkasakan agenda penyatuan ummah, usaha untuk mengajak UMNO akan diteruskan walaupun ‘gelombang hijau’ semakin kini mendapat sambutan dan kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) tidak memperjuangkannya pada ketika ini.

“Agenda penyatuan ummah bersama parti-parti Melayu Islam tetap menjadi agenda utama Pas sama ada menang atau tewas dalam pilihan raya.

“Pas tidak pernah berhenti daripada menyeru ke arah penyatuan ummah meskipun tidak berada dalam kerajaan.

“Sokongan kuat anak muda khususnya pengundi atas 18 tahun menunjukkan mereka menerima agenda penyatuan ummah ini selain mahu sebuah gabungan yang bersih.

“Pintu kita sentiasa terbuka termasuk kepada UMNO yang mana masih ramai dalam kala­ngan pemimpin dan akar umbinya yang mahu bersama dalam usaha ke arah penyatuan ummah ,” katanya.

Pada PRU15, PN mencetuskan gelombang dengan memenangi 73 kerusi Parlimen yang mana sokongan kuat tersebut diterjemah oleh majoriti pengundi muda dan orang Melayu yang disifatkan sebagai tsunami Melayu.

Daripada jumlah tersebut, Pas memenangi sebanyak 43 kerusi Parlimen manakala sekutunya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pula sebanyak 30 kerusi.

Daripada hanya 18 kerusi pada PRU14, Pas kini memiliki 43 kerusi iaitu yang terbanyak oleh satu-satu parti di Parlimen pada PRU15.

Pas bukan hanya memiliki kerusi terbanyak di Parlimen malah menguasai empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Di tiga negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Terengganu, Pas sebagai teraju utama PN menyapu bersih semua kerusi Parlimen yang dipertan­dingkan.

Pencapaian terbaik Pas sebelum ini hanya 27 kerusi Parlimen iaitu ketika parti itu bersama Barisan Alternatif (BA) pada PRU10 tahun 1999 yang berlatar belakang Reformasi 1998.

Sementara itu, Hashim berkata, agenda penyatuan ummah akan diteruskan dalam menghadapi Pilihan Raya Ne­geri (PRN).

Katanya, sokongan kuat yang ditunjukkan rakyat pada PRU15 dijangka berterusan
terhadap PN menjelang PRN selepas ini dan gabungan tersebut yakin mampu mempertahan kemenangan.

“Malah, sokongan terhadap Pas terus meningkat dengan tiap-tiap bulan terdapat ribuan orang yang menyertai Pas. Ini adalah perkembangan yang cukup positif khususnya anak muda yang bersama parti ini.

“Insya-Allah kita akan bertambah kuat jika parti-parti Melayu Islam ini terus bersatu melalui agenda penyatuan ummah ini,” katanya.

author avatar
Ahmad Fansuri Mohd Nasir
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat