Syarikat balak punca banjir patut bagi sumbangan lebih – Anwar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Syarikat pembalakan yang bertanggungjawab atas berlakunya banjir wajar memberikan sumbangan yang lebih besar kepada mangsa banjir,” desak Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian kerana menurut beliau di beberapa kawasan yang dilanda bencana itu, terdapat perkara yang menunjukkan kegiatan pembalakan telah memburukkan masalah banjir.

“Jika lihat gambar, ada juga kesan daripada pembalakan.

“Jadi selain kerajaan negeri, syarikat pembalakan yang raih keuntungan besar wajib beri sumbangan, bantuan lebih besar kerana mereka juga bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku,” katanya dalam kunjungan ke Ketari di Bentong, Pahang semalam.

Anwar yang juga Presiden PKR itu berkata, beliau telah pergi ke banyak tempat yang dilanda banjir, termasuk di Selangor, dan melihat rakyat pelbagai kaum dan agama bersama-sama membantu mangsa.

Namun, katanya, ada keperluan untuk menambah baik kecekapan kerja-kerja pembersihan pasca banjir, terutama di Sri Muda di Selangor.

Dalam pada itu, Anwar juga mengambil maklum masalah kesesakan di kawasan terjejas turut menghalang usaha lori untuk mengangkut keluar sampah dan bahan buangan.

Hal demikian, beliau meminta kerajaan mengurangkan birokrasi untuk mangsa banjir menuntut bantuan.

Menteri juga tidak perlu mengikut protokol ketika pergi ke kawasan yang ditimpa banjir, katanya lagi.

“Kenapa saya naik motor? Umur saya tak sesuai naik motor. Tapi kalau saya ikut peraturan biasa, ia akan jejaskan (ganggu) kerja pemulihan dan bantuan,” katanya lagi.

Beliau dipercayai merujuk kepada aduan bahawa konvoi VIP telah menyebabkan gangguan di kawasan tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat