DUN Melaka hargai Abang Viva, iktiraf hero sukarelawan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka hari ini mengucapkan tahniah serta memberi penghormatan kepada Azwan Omar, 29, atau lebih dikenali sebagai ‘Abang Viva’ yang membantu mangsa banjir di Selangor dan kini di Pahang, menggunakan kereta jenis Perodua Viva dan sebuah bot.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali, ketika membentangkan Bajet 2022 Negeri Melaka berkata beliau tersentuh hati dengan tindakan operator mesin itu yang sanggup mengambil cuti daripada majikannya untuk meredah kepayahan bagi menyelamatkan mangsa banjir di negeri berkenaan.

“Yang membanggakan kita adalah beliau pergi ke sana dengan menggunakan kereta (Perodua) Viva dan membawa sebuah bot di atas bumbungnya dengan hanya berbekalkan duit sebanyak RM50 iaitu RM20 digunakan untuk mengisi minyak kereta dan RM30 untuk membeli makanan untuk mengalas perut.

“Jadi apa salahnya kiranya kita mengucapkan tahniah dan penghormatan kepada sukarelawan hero orang Melaka ini dengan kita semua memberikan tepukan semangat kepada ‘Abang Viva’,” katanya memetik Bernama.

Kisah Azwan tular di media sosial apabila sanggup datang dari Melaka ke Selangor untuk menyelamatkan mangsa banjir pada minggu lepas dengan berbekalkan wang sebanyak RM50 bagi mengisi minyak kereta dan membeli makanan.

Dalam pada itu, Sulaiman turut mengumumkan kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 bagi membeli bot untuk digunakan dalam misi menyelamat mangsa banjir di negeri berkenaan sebagai persediaan menghadapi musibah pada masa akan datang.

Beliau, yang mewakili kerajaan negeri, turut bersimpati dan melahirkan rasa dukacita di atas bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini sehingga menyebabkan beberapa negeri ditenggelami air dan rakyatnya memerlukan bantuan segera.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,612FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat