1,196 Kes Baru Covid-19, Satu Kematian Direkodkan

PH Hantar Wakil Anggotai Jawatankuasa Khas Darurat – Anwar

PUTRAJAYA - Pembangkang akan menghantar tiga nama wakilnya bagi menganggotai Jawatankuasa Khas Bebas darurat, seperti yang dititahkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa...

Faktor Cuaca Punca Kenaikan Harga Barang Basah – Alexander Nanta

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengakui berlaku peningkatan harga barangan bagi barang basah termasuk sayur-sayuran. Menterinya, Datuk Seri Alexander...

JAIS Sahkan Muhammad Sajat Didakwa Di Mahkamah

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan usahawan kosmetik, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat sudah dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah...

Setiausaha PKR Cabang Kampar Umum Keluar Parti

IPOH - Melihat PKR sudah hilang hala tuju dan tidak lagi bertaring, Setiausaha Cabang PKR Kampar, Sharul Baha Abd. Rahman mengumumkan keluar parti dan...

Kampung Orang Asli Batu 6 Di Perak Dikenakan PKPD Bermula Esok

KUALA LUMPUR - Kampung Orang Asli Batu 6, Jalan Pahang di Batang Padang, Perak akan diletakkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) mulai...

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,196 kes harian baharu COVID-19 dicatatkan negara hari ini, dengan satu kluster baharu dikesan dan satu kematian dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata tambahan kes harian berkenaan menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara mencecah 105,096 kes.

Dalam satu kenyataan berhubung perkembangan COVID-19, hari ini, katanya Selangor merupakan negeri dengan kes tertinggi iaitu sebanyak 392 kes, diikuti Kuala Lumpur (202), Johor (194) dan Sabah (186).

Selain itu, Negeri Sembilan mencatatkan 39 kes, Pulau Pinang (37), Kelantan (31), Perak (30), Kedah (27), Melaka (23), Labuan (12), Pahang (sembilan), Putrajaya (enam), Terengganu (lima) dan Sarawak (tiga).

Menurut Dr Noor Hisham, lima daripada keseluruhan jumlah kes baharu hari ini merupakan kes import dengan dua dikesan di Selangor dan tiga lagi di Sarawak.

Katanya 997 kes sembuh dicatatkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 sebanyak 84,411 kes atau 80.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Mengenai satu kematian yang dilaporkan hari ini, beliau berkata ia melibatkan seorang lelaki tempatan berusia 71 tahun di Sabah.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata terdapat satu kluster baharu dikenali Kluster Jalan Sedco telah dikenal pasti menjadikan jumlah kluster yang dilaporkan sehingga kini adalah 484.

Menurutnya kluster berkenaan melibatkan tempat kerja di Tawau dan Kalabakan, Sabah yang kes indeksnya dilaporkan positif COVID-19 pada 20 Dis lepas melalui saringan individu bergejala, dan sehingga kini 26 individu telah disaring dengan 14 kes dikesan positif.

Beliau berkata terdapat 271 kluster yang telah tamat termasuk tiga kluster tamat hari ini iaitu Kluster Kerengge, Kluster Alila dan Kluster Gemilang, menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah 213 kluster.

Dr Noor Hisham berkata daripada jumlah itu, 45 kluster melaporkan pertambahan kes hari ini, dengan yang tertinggi adalah Kluster Tampoi Jaya (78 kes), Kluster Tapak Bina Jalan Stadium (63 kes) dan Kluster Beringin (30 kes). – Bernama

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Keluar Wang i-Sinar, lelaki bina 11 bonggol atas jalan

Lelaki bina 11 bonggol atas jalan mohon maaf Besut: Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di...

Dr Mahathir sedia kerjasama dengan UMNO dengan satu syarat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan keterbukaannya untuk menjalin kerjasama dengan bekas parti yang dipimpinnya iaitu UMNO...

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Berita Berkaitan