PPM beri kerjasama dengan SPRM

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Performance Malaysia (PPM) memberi kerjasama penuh dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan isu penyalahgunaan dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu yang diterima daripada pengusaha-pengusaha industri di Malaysia bagi tujuan ‘public performance’ yang dikutip tidak disalurkan kepada artis dan pencipta lagu.

Pengerusinya, Rosmin Hashim berkata, SPRM meminta beberapa dokumen untuk siasatan dan pihaknya sudah pun berbuat demikian.

“Kami bagi kerjasama membantu melicinkan siasatan yang dibuat. Ia adalah proses biasa penyiasatan dalam sesuatu kes. Tiada apa-apa yang nak disembunyikan. Setakat ini juga tiada sesiapa yang dipanggil untuk beri keterangan. SPRM hanya datang berjumpa Pengurus Besar PPM dan memohon diserahkan dokumen-dokumen berkenaan,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya berkenaan pengagihan royalti artis, Rosmin berkata, PPM sebenarnya tidak diberi mandat untuk mengedarkan pendapatan kepada penyanyi dan pemuzik.

“PPM hanya diberi mandat untuk mewakili syarikat rakaman. Kami mengedarkan pendapatan atau kutipan kepada ahli-ahli syarikat rakaman. Kami tiada kena-mengena dalam pengagihan pendapatan kepada penyanyi dan pemuzik. Tapi disebabkan isu ini, kami juga terbabit sama.

“Begitu juga MACP kerana mereka mewakili komposer dan penulis lirik, bukannya dua golongan tadi dan kini terbabit sama. Tapi tak mengapa kerana kami akan bagi kerjasama sepenuhnya,” katanya.

Kelmarin, SPRM menyerbu empat pejabat badan pengurusan royalti artis bagi memulakan siasatan berhubung isu dana hasil kutipan royalti hak cipta lagu.

Antara pejabat itu ialah Recording Performers Malaysia (RPM), Public Performance Malaysia (PPM), Badan Pengutip Royalti Hak Pelaku dan Persembahan Artis (PRISM) dan Badan Perlindungan Hak Cipta Muzik (MACP).

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,594FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat