Wanita ditemui meninggal dunia dalam kereta berkunci

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Seorang wanita yang dilaporkan hilang oleh keluarganya, ditemui meninggal dunia dalam sebuah kereta di kawasan meletak kenderaan Restoran Jejantas Sungai Buloh, arah utara, dekat sini, pagi tadi.

Polis menerima laporan berhubung penemuan seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam kereta melalui panggilan MERS999 kira-kira jam 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pasukan dari Balai Polis Kota Damansara digerakkan untuk pemeriksaan dan anggota polis mendapati seorang wanita dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta berkunci.

“Mangsa warganegara tempatan berumur 30 tahun dilaporkan hilang dari kediaman di Taman Kepong, Kuala Lumpur. Laporan dibuat oleh keluarganya kelmarin,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, polis menjumpai satu periuk berisi arang yang sudah dibakar di dalam kereta terbabit.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk proses bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Beliau berkata, individu yang maklumat mengenai kejadian atau mengenali mangsa, diminta tampil menbantu siasatan polis dengan menghubungi Balai Polis Kota Damansara di talian 03-61421222. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat