Prinsip tak berubah, Tun M ulang sedia kerjasama dengan PH

- Advertisement -

CYBERJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi kesediaannya untuk bekerjasama dengan pemimpin pembangkang, khususnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Dalam tulisan di Facebooknya, Dr Mahathir sekali lagi menegaskan pendiriannya tidak berubah dan masih mengekalkan prinsip perjuangan untuk menjatuhkan kerajaan terpalit kontroversi rasuah.

Justeru, katanya, tidak timbul isu sama ada beliau mahu atau tidak bekerjasama dengan pemimpin pembangkang lain kerana prinsipnya tidak berubah.

“Tidak timbul saya mahu atau tidak mahu bekerjasama dengan pemimpin pemimpin pembangkang yang lain pada kali ini kerana prinsip itu tidak berubah.

“Yang saya tidak pasti ialah jika pemimpin-pemimpin pembangkang hari ini telah berubah fikiran dan perasaan terhadap UMNO.

“Saya juga tidak pasti jika pemimpin-pemimpin pembangkang masih merasa UMNO akan merosakkan negara jika kembali memimpin dan akan membawa kembali kleptokrat untuk memerintah. Atau mungkin ada di kalangan pemimpin pembangkang bersedia bekerjasama dengan UMNO selepas pilihan raya,” kata Dr Mahathir.

Pada 15 Oktober lalu, Mahathir yang juga adalah Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menyarankan parti-parti pembangkang supaya melupakan permusuhan sesama sendiri bagi menghadapi PRU-15.

Penyandang kerusi parlimen Langkawi itu berpendapat parti-parti pembangkang akan tewas sekiranya mereka tidak bekerjasama.

Minggu lalu, Mahathir sekali lagi menghulurkan tangan pendamaian dengan Anwar dengan menegaskan dia sedia melakukannya demi mengelakkan kerosakan pada negara.

Mengimbas kerjasama pada mereka PRU-14, Mahathir berkata dia melakukannya kerana merasa negara ketika itu berdepan dengan kerosakan yang amat besar akibat perbuatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kleptokrat di dalam kerajaan.

“Kerana itu saya ketepi perasaan peribadi dan sanggup telan kecaman yang kata saya jilat ludah sendiri apabila bertemu musuh musuh saya termasuk Anwar untuk menjatuh musuh negara yang amat besar kejahatannya.

“Saya berasa pada ketika itu Anwar juga berfikir semacam saya, dan sebab itu dia juga sanggup bekerjasama dengan saya.

“Atas sebab-sebab tersebut, semasa itu, saya sanggup memulakan langkah jika yang lain tidak sanggup memulakannya,” katanya.

Menurutnya, keputusannya pada ketika itu telah membuah hasil hingga pembangkang berjaya jatuhkan kerajaan BN.

“Keputusan saya pada ketika itu telah membuah hasil hingga pembangkang berjaya jatuhkan Kerajaan yang rasuah dan merompak harta Negara,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat