Shahrir Nak Bersihkan Nama Di Mahkamah Dulu, Sahkan Tak Tanding PRU15

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Ab Samad sekali lagi mengulang penegasan bahawa beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini selagi nama beliau belum dibersihkan di mahkamah.

Ketua Umno Bahagian Johor Bahru itu menyatakan beliau kini sedang mempertahankan integriti dan nama baiknya di mahkamah dan itu menjadi kuat untuk beliau tidak bertanding pada pilihan raya kali ini.

“Masih ada yang bertanya sama ada saya akan bertanding sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada PRU15 bulan November ini. Saya telah pun beberapa kali menyatakan saya tidak akan bertanding tetapi akan tetap mengetuai jentera pilihan raya BN untuk menangkan calon kita pada PRU15.

“Sebabnya mudah sahaja. Saya sedang mempertahankan integriti dan nama baik saya dalam mahkamah. Tuduhan yang dihadapi ialah di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan pengubahan wang haram itu saya telah lakukan dengan cara tidak mengisytiharkan penerimaan duit itu sebagai pendapatan saya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN),” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Justeru Shahrir berikrar akan membersih nama baiknya di mahkamah terlebih dahulu.

“Tidak adil bagi saya meminta pengundi Johor Bahru untuk membersihkan saya.

Saya harus membersihkan nama saya dulu melalui proses mahkamah. Itu sebabnya,” jelas beliau.

Mahkamah Tinggi pada 5 Oktober lalu diberitahu, Shahrir tidak pernah mengisytiharkan pendapatan melebihi RM1 juta bagi tahun taksiran 2013 hingga 2018 kepada LHDN.

Shahrir berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak melalui sekeping cek AmIslamic Bank Berhad bertarikh 27 November 2013 kepada LHDN.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat