Khai Bahar anggap ‘kenen-kenen’ dengan Hawa Rizwana sebagai gurauan

- Advertisement -

Puchong: Penyanyi popular, Khai Bahar, 28, menganggap ‘kenen-kenen’ peminat yang kali ini mengaitkannya dengan pengacara dan penyampai berita, Hawa Rizwana pula sebagai gurauan dan perkara biasa.

Khai atau nama sebenarnya Muhammad Khairul Baharuddin ketika ditemui berkata, dia sudah memahami ‘permainan’ netizen mahu pun segelintir peminatnya yang suka mengaitkan dia menjalin cinta dengan wanita jelita.

Terdahulu, Khai tampil bekerjasama dengan Hawa Rizwana yang muncul sebagai ‘heroin’ dalam muzik video single terbaharunya, Oh Wanita ciptaan penuh daripada Harry Khalifah yang kini ‘trending’ 16 untuk muzik di YouTube Malaysia.

Khai berkata, baginya komen ditulis netizen dan peminat itu adalah usikan semata-mata yang bukan hanya kena kepada dirinya, tetapi penyanyi-penyanyi lain juga melaluinya. Jelas Khai, dia amat faham.

“Kalau orang lain (penyanyi) pun, ada rakan duet. Termasuk, yang berlakon juga mesti ada netizen atau peminat yang nak ‘kenen-kenen’ sebab nampak serasi dan mereka (netizen atau peminat) jadi suka.

“Untuk saya, jika nak ‘kenen-kenen’ dan macam gurau-gurauan itu, okay saja. Tapi, jangan sampai terlalu seriuslah,” katanya bakal melancarkan lagu duet terbaharu dengan penyanyi wanita popular pada Disember depan.

Mengulas juga kerjasama dengan Hawa Rizwana dalam muzik video Oh Wanita, Khai berkata dia gembira dan berpuas hati mendapat kerjasama yang sangat baik walaupun ia kemunculan kali pertama personaliti TV berkenaan sebagai ‘heroin’ muzik video.

Terdahulu, Khai yang popular dengan lagu Bayang dan Luluh pernah dikaitkan netizen dan peminat agar betul-betul bercinta dengan rakan penyanyi seperti Siti Nordiana dan Aina Abdul kerana dilihat amat serasi bersama.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat