BSKU Mulakan Siasatan Di Lokasi Helikopter Terhempas

- Advertisement -

CAMERON HIGHLANDS – Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan dan pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cameron Highlands memasuki lokasi nahas helikopter terhempas hari ini, bagi memulakan siasatan insiden berkenaan.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Mohd Shamsuri Mohd Nor berkata pasukan itu tiba di lokasi pada 2 petang tadi bagi menjalankan siasatan.

“Syarikat pengendali helikopter juga memasuki kawasan itu bagi memulakan siasatan dan membantu pegawai penyiasat di lokasi kejadian.

“Kita serahkan kepada BSKU untuk menjalankan siasatan dan berapa lama tempoh siasatan atau bila bangkai helikopter itu boleh dibawa keluar dari kawasan nahas kita tidak pasti,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Pesawat yang dinaiki lima anggota pasukan perubatan dan seorang juruterbang itu terhempas di kawasan Brinchang, Cameron Highlands tengah hari semalam sewaktu melakukan pendaratan cemas.

Insiden pada 1.15 tengah hari itu berlaku ketika pesawat milik swasta berkenaan dalam perjalanan dari Lojing, Cameron Highlands ke Ipoh.

Syarikat operator pesawat swasta berkenaan Layang Layang Group dalam kenyataan sebelum ini mengesahkan helikopter terlibat adalah di bawah kendalian mereka.

Pengurus Besar Kumpulannya Kapten Shahdon Poong berkata, laporan awal menunjukkan pesawat itu dalam penerbangan membawa petugas perubatan ke Tanjung Rambutan selepas berkhidmat di kawasan pedalaman Kampung Gawin, apabila ia terputus hubungan dengan Pusat Operasi Penerbangan Kumpulan Layang Layang. – Bernama

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,482FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat