Kami Hanya Minta PH Beri Tiga Kerusi Sahaja – PSM

- Advertisement -

CYBERJAYA – Parti Sosialis Malaysia (PSM) hanya meminta Pakatan Harapan memberikan satu kerusi Parlimen dan dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Pengerusinya, Dr Michael Jeyakumar Devaraj.

Memetik laporan FMT, Dr Michael Jeyakumar yang pernah menjadi Ahli Parlimen Sungai Siput selama dua penggal berkata, tiada sebarang respons daripada PH setakat ini dan ia “sangat mengecewakan” jika gabungan itu tidak membenarkan calon PSM bertanding di Sungai Siput.

“Ia adalah permintaan agak minimum. Kami hanya meminta satu kerusi Parlimen, iaitu Sungai Siput dan dua kerusi DUN yang bukannya kerusi PH,” katanya.

Terdahulu, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, “buat masa ini”, calon PKR akan bertanding di Sungai Siput, tetapi katanya, rundingan untuk kerusi itu masih berjalan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Jeyakumar berkata, sehingga pengumuman rasmi dibuat, PSM akan terus menaruh harapan ia dapat bertanding di kerusi itu pada PRU15.

“Kami mahu sekurang-kurangnya seorang individu dari PSM bersuara mengenai pelbagai isu membabitkan masyarakat terpinggir, di Parlimen.

“Ia sesuatu yang saya rasakan hanya parti kami sahaja boleh lakukan kerana kami sangat dikenali mereka,” katanya.

Sebelum ini, PSM dilaporkan tidak berhasrat menyertai PH secara rasmi sebagai parti komponen dan hanya mahu menjalin pakatan pilihan raya untuk PRU15, kata laporan itu.

Jeyakumar adalah Ahli Parlimen Sungai Siput selama dua penggal dari 2008 hingga 2018.

Bagaimanapun pada PRU14, beliau tewas kepada S Kesavan dari PKR pada PRU14 selepas rundingan PSM dan PH tidak membuahkan hasil.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat