Lepas PKPB kita adakan PRU – PAS

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Mokhtar Senik berharap semua pihak bertenang dan memberi peluang kerajaan menguruskan pandemik Covid-19 buat sementara waktu.

Menurut Mokhtar tidak timbul kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin hilang kepercayaan yang Di-Pertuan Agong hanya kerana tidak memperkenan cadangan pengisytiharan darurat.

Keputusan pihak istana tersebut sebenarnya bertujuan untuk memastikan kerajaan meneruskan usaha untuk mengekang wabak Covid-19.

“Tanpa mereka sedar bahawa saranan YDPA supaya semua pihak elakkan ‘politiking’ dan tumpukan perhatian kepada usaha kerajaan menangani COVID-19 adalah arahan kepada semua pihak termasuk kabilah pembangkang.

“Jadi jangan nak sibuk-sibuk Usul Tak Percaya la, atau nak suruh Perdana Menteri (PM) letak jawatan la atau nak beritahu ada numbers baru la. Jadi semua pihak tutup mulut sementara kerajaan nak pulihkan COVID ini,” katamya melalui satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Mokhtar, ketenangan yang ditunjukkan oleh pimpinan PN dan Muafakat Nasional (MN) dalam menghadapi isu tersebut telah menyebabkan parti DAP meroyan kerana gagal menumbangkan kerajaan.

“Insya-Allah selesai PKPB ini kita PRU la, dah nak mandat rakyat sangat. Saya yakin rakyat akan kecilkan jumlah kerusi Bani DAP dan sekutunya.

“Tahiah kepada saff kepimpinan MN dan PN yang tenang dan perform dengan tugas masing-masing. Biarkan Bani DAP terus meroyan dan berguling.

Lewat malam tadi Majlis Tertinggi UMNO yang mengadakan mesyuarat selama empat jam bermula jam 8.30 malam mencapai kata sepakat untuk terus kekal menyokong kerajaan PN.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melalui satu kenyataan turut menjelaskan Majlis Tertinggi UMNO turut mengekalkan keputusan terdahulu untuk menolak sebarang kerjasama dengan PKR dan DAP.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat