Jangan panggil pekerja di kawasan PKPD kembali bertugas

- Advertisement -

LABUAN: Polis Labuan memberi amaran kepada majikan, tidak memanggil pekerja mereka kembali bertugas khususnya di kawasan Saguking dan Sebor Baru, sekali gus melanggar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dilaksanakan.

Ketua Polis Daerah Labuan Supt Muhamad Farid Ahmad, berkata ini susulan penahanan beberapa individu dari kawasan itu yang membolosi sekatan jalan raya dengan alasan untuk ke tempat kerja.

“Majikan yang didapati berbuat demikian boleh didakwa menurut Seksyen 269 Kanun Keseksaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dua kawasan setinggan penempatan di atas air itu diletakkan di bawah PKPD sejak 21 Oktober lalu dengan semua penduduk dikenakan kuarantin di rumah dalam usaha mengekang penularan kes COVID-19 daripada Kluster Saguking.

PKPD itu dijadualkan tamat pada 3 November ini.

Setakat semalam, Labuan yang kini dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat hingga 30 Oktober merekodkan 270 kes COVID-19 dengan dua kematian. – BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat