PH kecewa, BN sokong Muhyiddin kata Annuar Musa

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk terus menyokong kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecewakan Pakatan Harapan (PH).

Tan Sri Annuar Musa yang merupakan Setiausaha Agung BN berkata, parti itu sentiasa komited untuk mengekalkan dan memperkukuhkan kerjasama terjalin bersama kerajaan sedia ada.

“BN kekal istiqamah bersama PM. Kerajaan yang diperkenankan. Permuafakatan terus diperkasakan. Pastinya ia mengecewakan PH.

“Yang silap kita perbetulkan, yang lemah boleh diperkasakan, yang renggang kita rapatkan. Bersama kita memimpin pohon kerahmatan,” katanya di Twitter, hari ini.

Semalam, mesyuarat BN memutuskan parti itu terus mendukung kepimpinan PN.

Keputusan dibuat sebagai langkah mengekalkan kestabilan negara seiring titah Yang di-Pertuan Agong yang menyeru permuafakatan ahli politik.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat