Noh Omar, Nazri Aziz Nafi Laporan Serang Najib Ketika Mesyuarat MP UMNO

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Tanjong Karang melahirkan rasa terkejut apabila dirinya dikaitkan dengan individu yang dilaporkan menyerang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung cadangan bekerjasama dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau menafikan laporan mendakwanya dan Datuk Seri Mohamad Nazri Abdul Aziz ada bertindak demikian dalam Mesyuarat Ahli Parlimen UMNO semalam.

“Saya terkejut membaca laporan daripada portal MalaysiaNow yang melaporkan saya dan Datuk Seri Nazri Aziz menentang Datuk Seri Najib.

“Apa yang di tulis adalah tidak benar. Ya betul saya hadir di perjumpaan tengahari tadi (semalam) tapi saya tidak menyerang Najib. Saya hanya memberi pandangan peribadi dan Nazri Aziz juga tidak hadir.

“Ini menunjukan laporan dari portal ini tidak benar sama sekali,” katanya di Facebook beliau hari ini.

Laporan memetik sumber itu berkata, Noh dan Nazri Aziz antara pemimpin yang antang membantah Najib berhubung cadangan bekerjasama dengan Anwar.

Dalam entri Facebook Najib pula berkata telah menjelaskan tiada siapa yang ‘menyerangnya’ dalam mesyuarat itu.

“Noh Omar tak serang saya dan Nazri tak serang saya. Nazri tak hadir dalam mesyuarat hari ini (semalam), pun sebab dia ada di Kelantan,” kata Najib.

Nazri turut dilaporkan menafikan dirinya hadir dalam mesyuarat yang diadakan semalam.

Semalam, Najib yang juga bekas Presiden UMNO berkata, cadangannya untuk parti itu bekerjasama dengan Presiden PKR, Anwar ialah pilihan yang boleh dipertimbangkan, jika pilihan pertamanya untuk mengadakan pilihan raya umum ditolak Perikatan Nasional (PN).

Cadangan bekerjasama dengan Anwar katanya, atas syarat ia tidak melibatkan DAP. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat