835 Kes Baru Covid, Sabah Catat Jangkitan Tertinggi 410 Kes – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kes baharu Covid-19 di Malaysia hari ini menurun kepada tiga angka apabila mencatatkan 835 kes, sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 28,640.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, 830 kes baharu itu membabitkan warga tempatan manakala lima lagi kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara iaitu dua kes dari India, satu kes dari Indonesia, Thailand (1 kes) dan Bulgaria (1 kes).

Beliau berkata, daripada jumlah itu, Sabah kekal mencatatkan kes tertinggi iaitu 410 kes dengan 44 kluster masih aktif.

“Negeri lain iaitu Negeri Sembilan mencatatkan 155 kes, Selangor (125 kes), Wilayah Persekutuan Labuan (74 kes), Sarawak (16 kes), Pulau Pinang mencatatkan 13 kes baharu dan Perak (11 kes).

“Selain itu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (sembilan kes), Johor (lapan kes), Kedah (empat kes), Terengganu (empat kes) dan Wilayah Persekutuan Putrajaya (satu kes).

“Ia menjadikan kes aktif dengan kebolehjangkitan ketika ini adalah 9,903 kes dan mereka sudah diasingkan serta dirawat di hospital,” katanya pada sidang media harian Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 674 kes pulih Covid-19 dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 18,469 kes atau 64.6 peratus daripada jumlah keseluruhan.

Menurutnya, sehingga kini, terdapat 89 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) membabitkan 32 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Katanya, terdapat pertambahan dua kematian direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kematian di Malaysia mencecah 238 kes atau 0.8 peratus daripada jumlah keseluruhan. – HMetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat