PAS mungkin setuju musuhi BN?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan seolah-olah PAS bersetuju dengan prinsip gabungan itu meletakkan Barisan Nasional (BN) sebagai musuh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu berkongsi foto dengan memberitahu pertemuan pimpinan tinggi Bersatu dan PAS malam tadi membawa kepada persetujuan banyak perkara.

“Alhamdulillah. Perbincangan selama dua jam malam tadi yang amat bermakna.

“Banyak perkara dipersetujui untuk memperkukuhkan Perikatan Nasional dalam menghadapi PRU-15,” catatnya ringkas di Facebook.

Hadir sama dalam pertemuan di kediaman Muhyiddin itu ialah Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang; Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar manakala wakil lain Bersatu ialah Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Naib Presiden Bersatu, Datuk Dr Radzi Jidin.

Semalam Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin menegaskan, PAS kekal dengan pendirian bahawa Pakatan Harapan (PH) musuh utama dalam PRU-15, bukan Umno atau BN.

Susulan itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan pula mengeluarkan kenyataan bahawa PAS menegaskan tidak boleh menerima pendirian mana-mana pihak yang melabelkan kumpulan Melayu Islam yang lain sebagai musuh utama.

Takiyuddin menegaskan pendirian sebegitu tidak dapat diterima apatah lagi melibatkan kedudukan dan kuasa orang Islam dalam pemerintahan sesebuah negara yang majoritinya terdiri dari umat Islam seperti Malaysia.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat