Malaysia Rangkul Dua Anugerah Dalam Bidang Sains Dan Teknologi Nuklear

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Malaysia merangkul dua anugerah ketika Majlis Anugerah Pencapaian Perjanjian Kerjasama Serantau (RCA) dalam bidang sains dan teknologi nuklear.

Majlis anugerah itu bertujuan memberi pengiktirafan serta penghargaan kepada semua negara anggota, organisasi dan individu atas penyertaan aktif, pencapaian dan komitmen yang kukuh dalam semua program RCA.

Menurut kenyataan media Kementeruan Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), dua anugerah yang dirangkul itu merupakan Anugerah Kerjasama Serantau RCA bagi kategori institusi dan Anugerah Projek RCA bagi kategori individu.

Anugerah itu diterima oleh Menteri MOSTI, Datuk Seri Dr Adham Baba sewaktu hadir di Persidangan Menteri-Menteri RCA di Ibu Pejabat Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), Vienna, Austria.

“MOSTI menerusi Agensi Nuklear Malaysia telah menerima Anugerah Kerjasama Serantau RCA kategori institusi berikutan penglibatan aktif melibatkan kerjasama dalam 141 projek RCA, menganjurkan lebih daripada 68 aktiviti RCA yang memberi manfaat kepada lebih daripada 1,200 personel di rantau ini serta menyediakan 41pakar teknikal kepada RCA.

“Bagi Anugerah Projek RCA di bawah kategori individu pula, penerima
anugerah ini adalah Dr Ilham Mukhriz Zainal Abidin yang merupakan pegawai
penyelidik kanan di Agensi Nuklear Malaysia,” kata kenyataan itu.

Dr Ilham Mukhriz terlibat secara aktif dengan projek RCA dalam bidang
teknik ujian tanpa musnah (NDT) sejak tahun 2012 dan menyumbang kepada promosi aplikasi NDT untuk struktur kejuruteraan awam dan perindustrian, kata MOSTI.

Beliau juga turut menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Penyelaras Negara bagi projek NDT sejak tahun 2018 bagi mendepani permasalahan yang telah dikenal pasti oleh negara Pasifik.

RCA merupakan perjanjian kerjasama bagi penyelidikan, pembangunan dan latihan
dalam bidang sains dan teknologi nuklear sejak tahun 1972 di bawah naungan IAEA.

RCA terdiri daripada 22 buah negara dan Malaysia telah menjadi negara anggota RCA sejak tahun 1975 melalui Agensi Nuklear Malaysia di bawah MOSTI.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat