RMK12: Pembangunan Luar Bandar tepat masanya- Mahdzir

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peruntukan untuk pembangunan luar bandar seperti yang ditekankan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada pembentangan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) disifatkan tepat pada masanya,” kata Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Ujarnya, penekanan dibuat Perdana Menteri itu juga bersesuaian dengan falsafah Keluarga Malaysia yang diperkenalkannya.

“Sebagai menteri yang bertanggungjawab mengenai soal luar bandar, saya ingin menyatakan bahawa Perdana Menteri membuat pembentangan yang sangat komprehensif untuk RMKe-12.

“Dalam pembentangannya, beliau memberi keutamaan berkaitan pembangunan luar bandar seperti pendigitalan, peluang pekerjaan dan perubahan iklim,” katanya pada sidang media di Parlimen pada Isnin.

Mahdzir berkata, antara yang ditekankan Perdana Menteri ialah mengenai merapatkan jurang digital antara bandar dan luar bandar dengan menaik taraf Pusat Internet Desa serta Pusat Komuniti Desa sebagai Pusat Digital Keluarga Malaysia.

Jelasnya, ia membolehkan pelbagai latihan kemahiran dapat dilaksanakan selain memperkenalkan perkhidmatan e-dagang di kawasan luar bandar.

“Saya amat mengalu-alukan program ini kerana kita tahu tidak semua tempat mempunyai capaian internet berkelajuan 100 megabait sesaat (Mbps).

“Kebanyakan kawasan di kampung berada pada paras 20 hingga 30 Mbps sahaja,” katanya.

Ditanya apakah perancangan untuk memastikan semua peruntukan sampai kepada kumpulan sasaran, beliau berkata perkara itu antara yang diberi keutamaan.

“Kita perlu ada ‘taskforce’ yang mencukupi untuk bergerak. Kita ambil projek bekalan air luar bandar sebagai contoh. jika melalui proses normal, mungkin akan lambat (pelaksanaan projek).

“Sebab itu kerajaan Pusat perlu juga berunding dengan kerajaan negeri kerana ada projek tertentu yang diluluskan di peringkat kerajaan negeri. Ini bermakna kerajaan negeri pun kena bantu untuk memastikan projek terbabit berjalan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat