KPM tak halang pelajar belum vaksin ke sekolah

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan menghalang pelajar yang masih belum mengambil suntikan vaksin COVID-19 untuk hadir ke sekolah apabila sesi persekolahan secara bersemuka dibuka 3 Oktober nanti,” kata Timbalan Menteri Pendidikan I, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Pun begitu kata beliau, pihaknya akan terus memberi penerangan kepada kelompok pelajar berkenaan.

Beliau berkata demikian kerana terdapat sebilangan kecil ibu bapa yang masih belum bersedia untuk membenarkan anak-anak mereka mendapatkan suntikan vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, katanya tiada data khusus berhubung jumlah pelajar terbabit memandangkan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja baharu sahaja dilaksanakan.

“Memang ada (yang belum bersedia), saya telah melawat banyak pusat pemberian vaksin (PPV) di beberapa negeri tetapi jumlahnya amat kecil, tetapi kita belum ada angka sebenar kerana program ini masih berjalan, namun sekecil manapun ia perlu diambil perhatian.

“Saya rasa kalau kita perkenalkan atau memulakan sesuatu sudah tentu masih ada segelintir kecil yang belum bersedia (menerima) atas sebab tertentu, walaupun telah banyak (kebaikan) dimaklumkan kepada mereka,” katanya kepada pemberita selepas melawat program PICK Remaja di PPV Majlis Bandaraya Seremban di sini hari ini.

Sehubungan itu katanya pelbagai langkah diambil Kementerian Pendidikan (KPM) bagi memberi penerangan kepada ibu bapa dan pelajar tentang kepentingan vaksinasi, termasuk menyediakan kaunter maklumat dan kaunseling di setiap PPV.

Dalam pada itu, beliau turut menasihati ibu bapa supaya segera membawa anak mereka mendapatkan rawatan di klinik dan hospital, sekiranya mengalami kesan sampingan atau gejala serius selepas suntikan vaksin, selain mengemas kini data kesihatan di aplikasi MySejahtera.

Sementara itu beliau berkata sebanyak 33.3 peratus daripada lebih 2 juta murid berusia 12 hingga 17 tahun di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin Covid-19 sehingga semalam, manakala 4.5 peratus telah lengkap vaksinasi, membabitkan 687 PPV.

“Di Negeri Sembilan, seramai 24.1 peratus telah menerima dos pertama dan 4.7 peratus telah lengkap dua dos, yang dilaksanakan di 44 PPV di seluruh negeri ini,” katanya memetik Bernama.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat