Malaysia- Singapura perhebat pertahanan Selat Melaka

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kerjasama pertahanan antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Laut Republik Singapura (TLRS) terus diperkasakan dan kekal utuh menerusi pelaksanaan Eksesais Malaysia-Singapura (MALAPURA) 29/2021 di sekitar perairan Selat Melaka.

Bahagian Komunikasi Strategik Markas Pemerintahan Armada Barat Lumut berkata, dengan objektif memperkasakan kesefahaman dan meningkatkan saling kendalian, eksesais bilateral tahunan berkonsepkan Eksesais Latihan Lapangan (FTX) ke-29 itu dilaksanakan bermula 20 September lalu hingga hari ini.

“Mendepani pandemik, pelaksanaan eksesais yang hampir menjangkau usia empat dekad ini dilaksanakan berpandukan norma baharu secara dalam talian bagi peringkat perancangan, pembukaan dan penutup serta beberapa siri latihan di laut dilaksanakan secara tanpa sentuhan.

“Antara siri latihan yang berjaya direalisasikan meliputi peperangan anti-serangan udara, penembakan sasaran permukaan, kendalian taktikal dan pengoperasian bot.

“Kelangsungan latihan yang lancar tanpa sebarang insiden jelas menggambarkan sikap profesionalisme, keupayaan dan ketersediaan warga kedua-dua angkatan laut,” katanya dalam kenyataan, pada Isnin.

Menyemarakkan persahabatan, kenyataan itu menyebut, kedua-dua angkatan laut mempamerkan komitmen kesefahaman yang jitu menerusi pembabitan empat aset oleh TLDM iaitu Kapal Diraja (KD) Lekiu, KD Lekir, KD Handalan dan helikopter Super Lynx.

Katanya, empat aset TLRS membabitkan RSS Stalwart, RSS Vigilance, RSS Vigour serta helikopter S-70B.

“Turut menjayakan eksesais adalah pesawat F/A 18D dan HAWK TUDM bersama Fast Combat Boat TLDM,” katanya.

Kenyataan itu berkata, eksesais kali ini memenuhi objektif yang digariskan.

Katanya, TLDM terus komited memanfaatkan setiap peluang beroperasi bersama angkatan laut sahabat bagi memastikan keselamatan perairan serantau sentiasa terjamin setiap masa

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat