‘Maaf saya tegur…’ – Noorkhiriah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Pelakon Noorkhiriah Ahmad Shapie, 44, memberi teguran ‘pedas’ kepada wanita bertudung dan juga segelintir pihak yang mahu menggunakan khidmat wanita bertudung ini bagi mempromosikan produk mereka agar menjaga adab.

Menerusi perkongsiannya di Instagram baru-baru ini, Noorkhiriah yang popular dengan drama Nur meminta agar wanita bertudung tidak berterusan dimanipulasi untuk mempromosi produk yang tidak sesuai hingga boleh mencalarkan imej mereka.

“Sesiapa yang nak buat ‘review’ produk besar ke, kecil ke, atau apa ke, tolong elakkan wanita bertudung boleh tak? Menjatuhkan maruah.

“Atau engkau orang saja memang nak menjatuhkan maruah wanita bertudung? Sebab itu, bertudung itu menutupi dada, labuh. Bila dah labuh, tak perlu tergoyang-goyang sebab tetap akan nampak,” tulisnya.

Ibu tiga anak ini berkata dia tampil menegur sekarang kerana sayang. Katanya lagi, kita semua akan mati dan cuba bayangkan seandainya itu  hantaran terakhir kita di media sosial dengan bergoyang-goyang buat ‘review’.

“Buat relax sudah, semua orang tahu apa disebalik tudung. Pakai tudung ikat leher lepas itu tergoyang-goyang. Motif apa?”

“Maaf saya tegur, kita sebagai wanita hormat dan jagalah maruah kita sesama wanita. Saya tak nak cakap besar, tetapi selagi punya kudrat, walaupun makan kicap sekalipun saya tak akan buat ‘review’ sebegini.

“Memang ada yang suka, tetapi Allah murka. Tolonglah, saya tak nak butakan mata, akhirat nanti semua Allah tanya.Saya sayang semua wanita, jagalah maruah kita,” tulisnya lagi.

Katanya, dia sekali lagi memohon maaf sekiranya apa dituliskan itu mengguris rasa. Menurut Noorkhiriah, dia juga bukan nak berlagak baik tetapi menegur atas rasa tanggungjawab dan tidak boleh membiarkannya lagi.

“Saya kerap sangat dapat iklan semacam ini. Harapan saya agar selepas ini kurang-kurangkanlah. Jangan ikut nafsu tapi guna akal. Biar sikit, janji berkat,” katanya.

Noorkhiriah ternyata cukup kesal dengan apa dilalui segelintir wanita bertudung apabila dilihat seperti sanggup membiarkan maruah diperkotak-katik hanya kerana mencari rezeki melalui ‘review’ produk di media sosial.

Tidak mahu juga berlaku perbalahan di antara pengikutnya di Instagram, Noorkhiriah didapati bertindak menutup ruangan komen kerana perkongsiannya itu sekadar teguran untuk semua pihak lebih peka dan menghormati imej wanita bertudung.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat