MAY dah temui anggota baharu, ganti posisi Mus, Man

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Dua anggota baharu iaitu Achai dan Wak Yus diperkenalkan oleh Abu (gitar) dan Yus (bass) bagi menggantikan tempat Mus (vokalis) dan Man (drum) yang mengundurkan diri dari kumpulan MAY sebelum ini.

Pengumuman ini dibuat mereka pada siaran langsung menerusi saluran YouTube Aisy & Guitar semalam.

Yus dalam kenyataannya berkata, Achai dan Wak Yus menjadi pilihan kerana selain berbakat, kedua-duanya tinggal di kawasan berdekatan sekali gus memudahkan mereka untuk berlatih.

“Ini juga buat kami senang berkomunikasi. Maklumlah kami kena mula semula dari awal. Lagu-lagu MAY pun banyak sekitar 15 album, belum termasuk kompilasi.

“Banyak juga lagu-lagu yang masih tak dimainkan di dalam persembahan. Kebanyakan peminat MAY pun tak tahu mengenai lagu-lagu ini.

“Lagu-lagu yang kami tak pernah bawa ini, kami akan mainkan semula dari album pertama berjudul Dilema sampailah album terakhir iaitu 25 Tahun Anniversary. Ia akan diolah semula dan ditukar sikit muziknya,” kata Yus.

Sebagai eksperimen, Yus turut menyenaraikan 10 lagu untuk dinyanyikan oleh Achai dan dia berjaya membawanya dengan baik.

Achai yang berasal dari Taiping kini menetap di Pulau Pinang. Dia yang pernah menyertai kumpulan lain, mengakui sangat gembira apabila terpilih menganggotai MAY.

“Kalau nak diikutkan dari umur 10 tahun, saya dah minat MAY dan boleh menyanyikan lagu mereka.

“Bagaimanapun, tiba-tiba sekarang saya dah dapat bersama-sama mereka beraksi dalam satu kumpulan. Namun, saya sebenarnya bimbang juga jika tak boleh bawa lagu MAY dengan baik,” katanya.

Sementara itu, Abu pula berkata, dia sudah berpesan dengan Achai serta akan menegur dari segi penyampaian sekiranya kedengaran sumbang.

“Achai kena ‘study’ juga dengan lagu-lagu MAY, dan dia dah kena banyak buat latihan untuk memantapkan persembahannya,” katanya.

Wak Yus yang berasal dari Ipoh pula pernah menyertai beberapa kumpulan antaranya Shizuka dan SYJ -Sofea.

Pada Januari 2019, Mus berundur dari kumpulan itu atas masalah kesihatan. Manakala, Man (drum) pula angkat kaki dari MAY pada 28 Julai lalu kerana masalah peribadi.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat