Kes baru COVID-19 turun ke angka 10,959

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Angka jangkitan baharu COVID-19 dalam negara terus menunjukkan trend penurunan dengan mencatatkan 10,959 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Menurut rekod berkenaan, angka itu terendah dalam tempoh lebih dua bulan, sejak Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui ciapan di laman Twitternya memaklumkan, tambahan angka itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam negara kini ialah 2,209,194 kes.

Hanya Sarawak dan Johor mencatat angka kes melebihi paras 1,000 dengan masing-masing 2,723 kes dan 1,226 kes.
Selangor pula mencatatkan 979 kes, diikuti Kelantan (983) dan Pulau Pinang (793).

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat