Diskriminasi majikan terhadap wanita adalah menyedihkan

- Advertisement -

Kuala Lumpur – Tindakan segelintir majikan yang masih mengamalkan sikap diskriminasi terhadap wanita dilihat sebagai suatu yang menyedihkan.

Menurut Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Datuk Haryaty Hamdzah, pihaknya menerima laporan ada segelintir majikan mengamalkan sikap diskriminasi kepada golongan wanita.

“Namun hasil laporan dan maklumat yang diterima, masih wujud sikap segelintir pihak dalam mendiskriminasi kaum wanita khususnya dalam isu penetapan gaji dan perjawatan teknikal/ professional di negara ini.

Adalah suatu yang menyedihkan apabila di era teknologi yang serba maju ini masih lagi wujud pihak yang mempunyai minda kelas ke-3 seperti itu,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas ucapan pembentangan Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri di Parlimen sebentar tadi.

Menurutnya RMK12 yang dibentangkan itu disifatkan sebagai inklusif dan mampan selari dengan matlamat kerajaan ‘Keluarga Malaysia’.

Sekaligus satu pengiktirafan dan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuhkan penglibatan dan peranan golongan wanita dalam pembangunan ekonomi negara.

Haryaty turut mengharapkan kerajaan agar untuk menubuhkan satu unit task force di dalam pelan tindakan bagi menanggani isu ini secara lebih komprehensif.

Terdahulu Perdana Menteri berkata usaha memperkasakan gender dalam pembangunan akan diteruskan dengan meningkatkan penglibatan wanita dalam sektor ekonomi dan proses membuat keputusan.

Penyertaan wanita dalam pasaran kerja disasarkan mencapai 59 peratus pada tahun 2025. Akses dan kualiti perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak serta penjagaan warga emas dengan yuran yang berpatutan akan dipertingkat. Ini akan mendorong lebih ramai wanita untuk kekal atau kembali bekerja.

Pembangunan ekonomi usahawan wanita akan turut diperkukuhkan dengan meningkatkan akses kepada pembiayaan dan aktiviti latihan kemahiran bagi mengalakkan pemerkasaan gender di negara ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat