RMK-12: Agenda Bumiputera Dan Keluarga Malaysia Akan Diperkasakan – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempergiatkan untuk memperkasa agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia dan tidak akan diabaikan.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ahli keluarga ini yang berpendapatan rendah serta kumpulan khusus dan golongan mudah terjejas tanpa mengira kaum, yang perlukan pembelaan dan bimbingan, akan diberi perhatian.

“Kerajaan sedar bahawa sebilangan besar Bumiputera masih lagi berpendapatan rendah dan miskin berbanding etnik lain. Jurang pendapatan penengah antara Bumiputera dan kaum Cina semakin melebar, iaitu empat kali ganda pada tahun 2019 berbanding 1989.

“Saya memberi jaminan bahawa agenda Bumiputera akan terus diperkasa dan tidak akan diabaikan. Ini sebagai mana termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak dan keistimewaan orang Melayu dan anak negeri, iaitu pribumi Sabah dan Sarawak, dan kepentingan sah kaum lain. Hasrat Kerajaan adalah untuk mencapai pembangunan sosioekonomi yang lebih adil, saksama dan inklusif selaras dengan semangat Keluarga Malaysia.” katanya ketika membentang Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12), di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau berharap, untuk menjayakan agenda Bumiputera dan Keluarga Malaysia ini, semua pihak, termasuk pihak Kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan dan sektor swasta akan bersama-sama dalam menjayakan agenda ini.

“Bagi meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam aktiviti ekonomi, akses dan peluang pendidikan serta pembangunan modal insan, termasuk huffaz, akan diperkukuh, antaranya melalui Latihan dalam bidang teknikal dan profesional supaya menjadi pakar dalam pelbagai bidang dan Kemahiran untuk kerjaya masa hadapan, seperti penganalisis dan saintis data serta pakar data raya.

‘Daya tahan dan kemampanan perniagaan Bumiputera akan dipertingkat bagi mencapai sasaran 15 peratus sumbangan PMKS Bumiputera kepada KDNK pada tahun 2025. Pencapaian ini akan disokong melalui penyediaan pembiayaan dan pelaksanaan program baharu, termasuk Dana Kemakmuran Bumiputera untuk syarikat Bumiputera; Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk kontraktor Bumiputera; dan Penyertaan lebih ramai usahawan Bumiputera menceburi bidang ekonomi digital serta industri yang mempunyai potensi pertumbuhan yang tinggi.” Jelas beliau.

Agenda ini merangkumi bumiputera, Orang Asli dan anak negeri Sabah yang mempunyai 42 etnik dan lebih 200 sub-etnik, antaranya suku kaum Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, dan Bajau.

Juga bumiputera Sarawak yang mempunyai 27 etnik, antaranya kaum Iban, Orang Ulu, Melanau dan Bidayuh di samping kaum Cina, India dan lain-lain. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat