GRS Menang PRN Sabah Petanda Baik Jika Mahu Bubar Parlimen – PAS

- Advertisement -

CYBERJAYA – PAS melihat kemenangan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang terdiri daripada BN, PN dan PBS dalam PRN Sabah semalam sebagai petanda baik jika kerajaan pusat mahu membubarkan Parlimen lebih awal dari tempohnya.

Memetik laporan Malaysiakini, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man bagaimanapun berkata, keputusan semalam bukanlah jaminan untuk kerajaan PN berasa selesa dengan situasi berkenaan.

“Saya nak kata selesa pun tidak juga, politik ada cabaran.

“Cuma indikator yang ditunjuk (PRN Sabah) itu agak baik bagi kami di semenanjung khususnya kalau kerajaan bersedia untuk bubar parlimen,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai potensi dan kesan kepada gabungan PN dan Muafakat Nasional (MN) susulan keputusan PRN Sabah yang menyaksikan kekalahan gabungan Warisan Plus yang didukung Warisan, DAP, PKR, Amanah dan UPKO.

Keputusan PRN Sabah semalam menyaksikan GRS berjaya menumbangkan kerajaan Warisan setelah meraih 38 kerusi DUN daripada 73 kerusi yang dipertandingkan – BN (14), PN (Bersatu 11), PN (Star 6) dan PBS (7). – SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat