Kempen Warisan Tolak ‘Katak’ Makan Diri Sendiri – Najib

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Kempen tolak ‘katak’, lindungi Sabah telah memakan diri, sindir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Presiden Barisan Nasional (BN) itu merujuk kepada parti UPKO yang melompat keluar sehingga kerajaan BN Sabah tumbang selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018.

UPKO ketika itu adalah parti komponen BN bagaimanapun memilih untuk keluar parti dan memberi sokongan kepada parti Warisan yang diterajui Datuk Seri Shafie Apdal.

“Kempen makan diri. Parti UPKO yang melompat keluar untuk tumbangkan kerajaan BN Sabah selepas PRU-14 telah kalah besar dalam PRN semalam.

“UPKO hanya menang satu daripada 12 DUN yang ditanding berbanding kemenangan 5 kerusi pada PRU-14 lalu.

“Presiden UPKO sendiri pun kalah. Ini semua salah ahli Parlimen DAP yang anjurkan pesta bakar dan makan katak minggu lepas,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Kekalahan UPKO menjadi fokus penganalisis malam tadi apabila parti tempatan itu kehilangan kerusi-kerusi penting etnik Kadazandusun-murut seperti Nabawan, Kuala Penyu dan Kadamaian kepada Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

GRS yang terdiri daripada Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Parti Bersatu Sabah berjaya menambah jumlah undi yang banyak di tiga DUN tersebut.

Malah UPKO turut kalah di DUN Kuamut kepada calon bebas Masiung Banah.- MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat