UMNO Tak Kerjasama Dengan Siapa Saja Yang Bersama DAP – Annuar

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Tan Sri Annuar Musa menasihatkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya bertenang dan tidak perlu sakit kepala memikirkan ‘kerjasama’ UMNO dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu memberi jaminan UMNO tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan mana-mana pakatan parti, yang di dalamnya ada DAP.

“DAP tidak perlu sakit kepala fikir dengan siapa UMNO akan bentuk pakatan untuk tubuhkan kerajaan baharu.

“UMNO tak akan bekerja sama dengan sesiapa sekali pun selagi ada DAP. Jadi, Guan Eng tak payah sakit kepala,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Guan Eng dalam kenyataannya semalam menyatakan, DAP sekali tidak akan bekerjasama dengan UMNO bawah pimpinan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kata Ahli Parlimen Bagan itu, beliau mendapat tahu ramai Ahli Parlimen BN dan UMNO menyokong usaha Anwar untuk membentuk kerajaan baharu, selepas mempunyai majoriti kukuh sokongan ahli Dewan Rakyat.

Beliau berulang kali menekankan pendirian DAP untuk tidak bekerjasama dengan BN dan UMNO.

Pada masa sama, Guan Eng juga tidak akan menyentuh pengumuman Anwar Rabu lalu, yang mendakwa kerajaan PN telah jatuh dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bukan lagi Perdana Menteri. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat