PUTRAJAYA – Malaysia made history as the host of the Asia Pacific Regional Conference and The 4th Young BPW Asia Pacific Symposium, held at Le Méridien Putrajaya from 24 to 26 August 2025.
The three-day conference, themed “Democracy, Dialogue, Direction,” gathered more than 200 participants from 28 countries, including women leaders, professionals, and activists from the global network of Business and Professional Women International (BPW). The event also celebrated the 95th anniversary of BPW International since its founding in 1930.
The opening ceremony was officiated by Ms. Hanani binti Sapit, Director-General of the Department of Women’s Development, while the gala dinner was graced by the presence of Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.
Throughout the conference, delegates engaged in keynote speeches, interactive workshops, and panel discussions focusing on women’s leadership, entrepreneurship, pay equity, sustainability, and innovation. The Young BPW Symposium provided a dedicated platform for emerging women leaders to exchange ideas, strengthen networks, and receive mentorship from experienced figures.
One of the key milestones this year was the signing of a Twinning Partnership between BPW Malaysia and BPW United Kingdom, symbolizing stronger international collaboration to advance women’s leadership across continents.
BPW International President Diana Barragán Medina said the conference highlighted the strength of women’s solidarity despite diverse cultural backgrounds.
“Our mission is to empower women in leadership, business, and the professions at all levels. While our backgrounds may differ, the challenges women face remain the same. By coming together, we can find solutions that not only empower women but also benefit society as a whole,” she said.
Meanwhile, BPW Malaysia President DS Rozaini Nawawi described the event as a historic milestone for the nation.
“Hosting the Asia Pacific Regional Conference while celebrating BPW International’s 95th anniversary is more than just a conference it is a movement to strengthen women’s leadership, empower the younger generation, and shape a more inclusive future. The Twinning partnership with BPW UK reflects our commitment to building lasting bridges of collaboration across borders,” she said.
The event was organized by BPW Malaysia with the strong support of the Ministry of Women, Family and Community Development, the Department of National Culture and Arts (JKKN), the Ministry of Tourism, Arts and Culture (MOTAC), and the Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).
—————————————————————-
Malaysia Jadi Tuan Rumah Persidangan BPW Asia Pasifik 2025 & Simposium BPW Muda
PUTRAJAYA, – Malaysia melakar sejarah apabila menjadi tuan rumah kepada Asia Pacific Regional Conference dan The 4th Young BPW Asia Pacific Symposium yang berlangsung di Hotel Le Méridien, Putrajaya dari 24 hingga 26 Ogos 2025.
Persidangan tiga hari bertemakan “Demokrasi, Dialog, Arah Tuju” itu menghimpunkan lebih 200 peserta dari 28 negara, termasuk pemimpin wanita, profesional serta aktivis dari rangkaian global Business and Professional Women International (BPW). Ia turut diraikan bersempena ulang tahun ke-95 penubuhan BPW International.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita, Puan Hanani binti Sapit, manakala majlis makan malam gala diserikan dengan kehadiran Yang Amat Mulia Hajah Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail.
Sepanjang persidangan, para delegasi terlibat dalam ucapan dasar, bengkel interaktif, serta sesi panel yang memberi tumpuan kepada isu kepimpinan wanita, keusahawanan, kesaksamaan gaji, kelestarian dan inovasi. Simposium BPW Muda pula menyediakan ruang khusus untuk generasi pemimpin baharu bertukar pandangan, membina jaringan dan mendapat bimbingan daripada tokoh berpengalaman.
Salah satu pencapaian penting tahun ini ialah majlis menandatangani kerjasama Twinning antara BPW Malaysia dan BPW United Kingdom, sebagai simbol kerjasama antarabangsa memperkasa wanita merentas benua.
Presiden BPW International, Diana Barragán Medina berkata, persidangan ini membuktikan kekuatan solidariti wanita walaupun datang daripada latar budaya berbeza.
“Misi kami adalah untuk memperkasakan wanita dalam kepimpinan, perniagaan dan bidang profesional di semua peringkat. Walau berbeza latar, cabaran wanita tetap sama, dan dengan bersatu, kita mampu mencari penyelesaian yang memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya,” katanya.
Sementara itu, Presiden BPW Malaysia, DS Rozaini Nawawi, menyifatkan penganjuran persidangan ini sebagai detik bersejarah buat negara.
“Menganjurkan Persidangan Serantau Asia Pasifik sambil meraikan ulang tahun ke-95 BPW International adalah lebih daripada sebuah persidangan ia gerakan memperkukuh kepimpinan wanita, memperkasa generasi muda dan membentuk masa depan yang lebih inklusif. Kerjasama Twinning dengan BPW UK mencerminkan komitmen kami membina jambatan kerjasama yang berkekalan merentasi sempadan,” katanya.
Acara ini dianjurkan oleh BPW Malaysia dengan sokongan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), serta Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).



