PSP & HALUAN bantu tingkatkan kemahiran 3M anak-anak orang Asli

- Advertisement -

Oleh: Zihan Zari

SEBERANG PERAI – Jabatan Pengajian Am (JPA), Politeknik Seberang Perai (PSP) dengan kerjasama Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Melayu (HALUAN) Pulau Pinang telah berkolaborasi menganjurkan program kesukarelawan pendidikan PSPcare@eduBANUN untuk anak-anak masyarakat orang Asli Air Banun Gerik, Perak.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan PSP, Siti Hafsah Zainal Abidin memaklumkan program kesukarelawan ini telah dijalankan bermula 2 Mei hingga 3 Ogos lalu.

Beliau berkata, pensyarah PSP telah melaksanakan aktiviti pembelajaran mengikut jadual yang ditetapkan dibantu oleh empat orang pembantu pengajar dalam kalangan masyarakat orang asli untuk memberi bimbingan sepanjang tempoh program.

Beliau berkata, program ini telah dijalankan selama 3 bulan ini, berfokuskan kepada kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, bacaan iqra’ dan Fardhu Ain.

“Usaha murni ini dapat membantu memupuk minat dan motivasi anak-anak masyarakat orang Asli untuk belajar agar tidak tercicir dalam pembelajaran, ”katanya.

Menurut kenyataan itu, majlis perasmian penutupan program itu telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Haluan Pulau Pinang, Iznan Husainy Hasbullah.

Beberapa aktiviti turut diadakan antaranya ujian post test dan penyampaian hadiah cemerlang kepada para peserta.

Turut Hadir, Ketua Jabatan Pengajian Am, PSP Ustazah Nurshahiza Mohamad Isa, Bendahari HALUAN, Hj. Zulkifli Ismail, staf Jabatan Pengajian Am PSP dan tenaga pengajar daripada kalangan masyarakat orang Asli Air Banun. – SUARA.TV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat