Siapa pun PM, Peguam Negara mesti ‘orang dia’ – Azalina

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Peguam Negara didakwa dilantik di kalangan orang yang sealiran dengan kepimpinan Perdana Menteri.

Penasihat Undang-undang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, sesiapa pun yang dilantik menjadi Perdana Menteri mesti melantik Peguam Negara dari kalangan ‘orang-orang beliau’.

“Siapa pun jadi Perdana Menteri, Peguam Negara mesti ‘orang dia’ sebab jawatan itu dilantik oleh Perdana Menteri.

“Mana-mana Peguam Negara mesti ikut suara kepimpinan negara,” kata Azalina dalam sesi Taklimat Khas Presiden UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur pada Sabtu.

Tegas Azalina lagi jawatan Peguam Negara penting bagi Perdana Menteri dan harusnya diisi dengan orang sealiran.

Pemilihan Peguam Negara akan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, katanya.

“Sesiapa pun jadi Perdana Menteri, Peguam negara mesti ‘orang dia’ sebab dilantik.

“Saya tak mahu cakap banyak, nanti kita semua kena tangkap, maklumlah orang tengah berkuasa,” sindir Azalina lagi.

Azalina turut berkata dirinya mendapati perbicaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Persekutuan minggu lalu tidak mendapat keadilan yang sepenuhnya.

Taklimat Khas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang diadakan hari ini akan diteruskan dengan ucapan daripada anak-anak Datuk Seri Najib Razak iaitu Datuk Nizar dan Nooryana Najwa.

Acara kemuncak hari ini ialah ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan disaksikan lebih 3,000 ahlinya, hari ini.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat