Pisah kuasa pendakwaan daripada Peguam Negara, janji Zahid jika Umno menang

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Umno beriltizam sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) nanti akan memisahkan kuasa pendakwaan daripada Peguam Negara.

Presiden Umno berkata pemisahan kuasa ini bagi pengimbangan kuasa dapat diwujudkan dalam mencapai keadilan buat semua.

“Kita telah bertekad mengangkat agenda pembaharuan, sebagai tawaran kita kepada rakyat Malaysia.

“Bermula dengan pembaharuan institusi Parlimen melalui kelulusan undang-undang anti lompat parti, kita juga beriltizam sekiranya diberikan mandat pada PRU ke-15 nanti, kita akan memisahkan kuasa pendakwaan daripada Peguam Negara, agar pengimbangan kuasa dapat diwujudkan dalam mencapai keadilan buat semua,” katanya dalam Taklimat Khas Presiden Umno di Pusat Dagangan Dunia (WTC), pada Sabtu.

Kata Zahid, pendirian Umno jelas iaitu tidak mahu mana-mana institusi perundangan mahupun penguatkuasaan diperalat oleh tangan-tangan yang berkepentingan.

“Kita tidak lagi mahu lagi budaya politik dendam dan benci terus membarah sehingga menghancurkan kerukunan dalam masyarakat kita,” ucap Zahid.

Peristiwa menimpa Datuk Seri Najib yang amat menyedihkan ini, sepatutnya menyatukan kita dan bukan memecahkan,” seru beliau.

Dalam mukadimah ucapan Zahid dilihat menangis mengenang nasib yang menimpa Najib yang kini tidak lagi bersama pimpinan Umno yang lain kerana telah dipenjara.

“Isu Najib adalah isu kita bersama. Saya menyeru kepada semua yang hadir dari jauh dan dekat; yang berada di dalam dewan mahupun di luar dewan, dan yang berada di dalam kerajaan mahupun di luar kerajaan, kita adalah satu keluarga besar. Ibarat cubit peha kanan, peha kiri terasa sakit,” katanya.

Zahid menegaskan, dengan berlatar belakangkan, kisah politik dendam dan ugutan itu,Umno sepatutnya lebih insaf dengan perjuangan ini.

“Kesatuan dan perpaduan dalaman parti perlu terus dimantapkan.

“Tambahan pula kita akan berhadapan pilihan raya yang akan menjadi medan untuk kita menoktahkan politik kebencian, dendam dan ugutan.

“Kesatuan dikalangan kita adalah untuk memastikan kita memperolehi semula mandat baharu dan mutlak daripada rakyat,” katanya.

Tambahnya, Peguam Negara diibaratkan bagaikan dewa.

“Dia boleh mendakwa dan dia juga boleh melepaskan mengikut telunjuk tuan politiknya (political master).

“Lihat sahaja kes rasuah bunglow Lim Guan Eng yang sudah pun dalam perbicaraan digugurkan begitu sahaja tanpa alasan.

“Begitu jugalah sejumlah kes rakan-rakan kongsi Pakatan Harapan (PH) yang dilepas dan dibebaskan.

“Maka dengan sebab itulah, sejurus kita kembali menerajui kerajaan melalui Perdana Menteri, MKT telah menuntut supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bagi menyiasat pendedahan Tommy Thomas tentang wujudnya campur tangan politik dalam institusi kehakiman dan undang-undang negara,” katanya lagi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat