Adi Putra akhirnya ke Jakarta, tapi pihak lain jemput

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: “Terima kasih CBI Pictures Indonesia, Yayan Ruhian dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) kerana menjemput saya dan Johan As’ari ke Malam Gala Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, di sini (Jakarta, Indonesia).”

Itu kata pelakon terkenal, Datuk Adi Putra mengenai kehadirannya di Jakarta, Indonesia bagi menghadiri Malam Gala Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan dijadual berlangsung, malam ini.

Biarpun Adi, 41, yang juga pelakon utama filem itu berpendirian tidak mahu ke acara berkenaan susulan tindakan pihak penerbitan, Studio Kembara yang masih bersikap ‘silent mode’.

Adi ketika dihubungi berkata, kehadirannya bersama Johan atas jemputan tiga pihak terbabit.

“Alhamdulillah, rezeki Allah itu luas. Kami baru saja tiba di sini. Sudah tentu bukan daripada mereka (pihak penerbitan),” katanya ringkas.

CBI Pictures Indonesia, Yayan Ruhian dan FINAS mengundang Adi dan Johan ke Malam Gala Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, di Jakarta, malam ini.
CBI Pictures Indonesia, Yayan Ruhian dan FINAS mengundang Adi dan Johan ke Malam Gala Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, di Jakarta, malam ini.

 

Menerusi hantaran video dimuat naik di Instagram, Adi berharap filem yang bakal ditayangkan di Indonesia bermula 31 Ogos ini diterima baik penonton di sana.

“Semoga dipermudahkan kepada seluruh warga Indonesia, memberikan sambutan baik dan menerima dengan terbuka filem ini. Allah Maha Kaya.

“Kebangkitan pahlawan, kebangkitan pejuang, kebangkitan kebenaran dan taat pada yang satu,” tulisnya.

Terdahulu, akhbar melaporkan Adi masih berpegang prinsip untuk tidak ke Jakarta melainkan ada pihak pengedaran dan pihak penganjur dari Indonesia yang menjemput dirinya.

Dalam masa sama, Adi masih terkilan dengan sikap pihak penerbitan yang disifatkan gagal berkomunikasi dengan baik.

 

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat