Saya tidaklah mengarahkan tapi harapnya polis dan tentera menangkan calon BN Negeri Sembilan – Zahid

SENDAYAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon agar polis dan tentera yang bakal menunaikan undi awal pada Selasa memberikan kemenangan kepada calon-calon Barisan Nasional (BN).

Menurut Presiden Umno itu, pengalaman BN di peringkat nasional akan diturunkan ke peringkat negeri dengan memberikan manfaat kepada polis, tentera dan keluarga mereka.

“Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) telah mengeluarkan arahan untuk pihak tentera dan polis mengundi Pakatan Harapan (PH) itu arahan Perdana Menteri.

“Saya tidak mengeluarkan sebuah arahan tapi sebagai Pengerusi Barisan Nasional saya memohon supaya pihak yang mengundi awal berikanlah peluang kepada calon-calon Barisan Nasional untuk memenangi kerusi-kerusi yang kita tawarkan untuk tanding ini. Insya-Allah kita akan lakukan yang terbaik untuk mereka dan keluarga mereka.

“Pengalaman di peringkat nasional akan kita turunkan di peringkat negeri dan Insya- Allah kita akan lakukan yang terbaik untuk tentera dan polis.

“(Semoga) apabila keputusan memperlihatkan bahawa pada 1 Ogos nanti undi-undi awal itu memihak kepada calon-calon Barisan Nasional,” ujar Zahid.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat