Yazmin cemas gempa bumi kuat di Baguio

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Pernah berdepan detik cemas gempa bumi, namun, kejadian di Baguio, Pulau Luzon, Filipina, pagi tadi, cukup menakutkan penyanyi, Yazmin Aziz yang ketika ini berada di bandar peranginan itu bagi menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya.

Yazmin berkata, gempa bumi berlaku kira-kira jam 8.45 pagi ketika dia dalam perjalanan ke restoran hotel penginapan untuk menikmati sarapan pagi.

“Saya dapat rasa semua benda bergerak. Siren berbunyi sangat kuat dan kami disuruh keluar dari bangunan dengan segera.

“Saya sangat terkejut dan takut. Baguio adalah kawasan tinggi di utara Pulau Luzon, iaitu tempat paling terkesan dengan gempa bumi ini.

 

Yazmin mendapatkan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Manila, malam ini. Foto IG Yazmin Aziz
Yazmin mendapatkan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dari Manila, malam ini. Foto IG Yazmin Aziz

 

“Saya pernah melalui pengalaman gempa bumi beberapa kali, tidak tidak pernah sekuat ini,” katanya kepada BH Online.

Pagi tadi, BH Online melaporkan, gempa bumi kuat berukuran 7.1 magnitud melanda Pulau Luzon di utara Filipina hingga meragut empat nyawa selain lebih 60 mangsa dilaporkan cedera, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

Dilaporkan, gegaran turut dirasai di Manila, menurut tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Yazmin turut berkongsi detik cemas itu melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG).

Tambahnya, keadaan sekarang terkawal dan dia bercadang mendapatkan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur, malam ini.

“Saya dijadual pulang malam ini dan sampai ke Kuala Lumpur, esok. Harap-harap saya sempat naik kapal terbang.

“Buat masa ini, pasukan keselamatan sudah memeriksa bangunan dan kami dibenarkan pulang ke bilik. Saya sedang mengemas bagasi untuk pergi ke Manila.

“Cuma ada satu laluan untuk pergi ke Manila. Insya-Allah, walaupun sesak, diharap kami dapat pulang dengan selamat. Sementara menunggu pengumuman pihak berkuasa, kami diberi makanan,” katanya.

Yazmin yang juga bekas peserta Big Stage 2022 menghadiri majlis perkahwinan sahabatnya, Hidilyn Diaz iaitu atlet pertama Filipina yang meraih emas Sukan Olimpik 2020.

“Hidilyn dan suaminya kawan baik saya. Ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, Hidilyn menjalani latihan di Malaysia sebelum ke Tokyo,” katanya yang menjadi pengiring pengantin pada majlis perkahwinan itu.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat