Zahid hairan kadar jangkitan sama naik dengan vaksinasi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – “Entah mengapa kadar jangkitan meningkat seiring dengan peningkatan kadar vaksinasi,” kata Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Menurut beliau sepatutnya, kita mengamalkan pendekatan serampang dua mata bagi melindungi rakyat.

“Kadar vaksinasi dipertingkat dan dalam masa sama usaha kurangkan kadar jangkitan diperhebat,” ujar Zahid dalam catatannya pada Selasa.

Zahid menegaskan ini bermaksud sementara menunggu ketibaan “herd immunity” masih ada nyawa berisiko terkorban.

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu memberitahu bahawa UMNO sokong penuh usaha meningkatkan vaksinasi kerana memang ini yang dituntut selama ini.

“Namun kita percaya vaksinasi di Malaysia sepatutnya sudah lama mencapai “herd immunity”. Iaitu selepas hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Februari.

“Iaitu dengan hanya mengambil kira 158,000 orang diberi suntikan sehari sejak 151 hari yang lalu. Tetapi apakan daya sehingga hari ini cuma kira-kira 5 juta telah lengkap dua dos suntikan.

“Manakala mereka yang baru menerima satu dos suntikan sekitar 11 juta. Bagaimanapun kita sedikit lega dimaklumkan kini lebih 400,000 dos suntikan diberi sehari,” katanya.

Justeru ujar Zahid, selepas lebih 8,200 nyawa rakyat yang tidak bersalah terkorban akibat Covid-19.

“Dan petugas kesihatan kian terbeban untuk mencapai suntikan yang tinggi setiap sehari.

“Kita faham mereka mahu rakyat “happy” dengan angka-angka suntikan harian vaksin yang tinggi ketika ini.

“Tetapi dalam masa sama kita kurang “happy” dengan kes jangkitan pernah mencecah lebih 17,000 kes sehari.

“Keseluruhan kes jangkitan Covid-19 direkodkan di Malaysia sejak tahun lalu sudah lebih 1 juta,” kata beliau.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat