Polis Buru Lelaki Positif Covid-19 Larikan Diri

- Advertisement -

KOTA KINABALU – Polis sedang memburu seorang lelaki disahkan positif Covid-19 yang melarikan diri ketika dalam perjalanan ke Pusat Kuarantin Likas, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Lo Hin Khiong, 38, yang diambil dari Balai Polis Penampang dibawa menggunakan kenderaan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

Bagaimanapun, ketika sampai di kawasan lampu isyarat berhampiran simpang empat Kompleks Sukan Likas, suspek bertindak melarikan diri.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Mohd Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal mendapati suspek dibebaskan oleh polis Daerah Penampang untuk dihantar ke pusat kuarantin berkenaan.

Katanya, suspek yang duduk di tempat duduk penumpang belakang bertindak membuka pintu kereta dan terus melarikan diri.

“Petugas JKNS cuba memanggil suspek, namun lelaki terbabit tidak mempedulikan dan terus menghilangkan diri.

“Petugas JKNS terus membuat membuat laporan untuk memaklumkan kejadian berkenaan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Zaidi berkata, siasatan awal mendapati suspek ditahan pasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang, Jumaat lalu, untuk disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Katanya, suspek ditahan reman selama empat hari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis selepas disahkan positif Covid-19.

“Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan.

“Sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai suspek diminta tampil menyalurkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan polis untuk membantu siasatan lanjut,” katanya. – Hmetro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat